Triumph Speed Triple 1200 RS 2025 – kuasa bertambah menjadi 183 PS, 128 Nm, suspensi semi aktif Ohlins

Triumph Speed Triple 1200 RS 2025 – kuasa bertambah menjadi 183 PS, 128 Nm, suspensi semi aktif Ohlins

Bagi model tahun 2025, Triumph memperkenalkan Speed Triple RS yang diberi peningkatan termasuk pada bahagian suspensi, enjin dan juga kelengkapan. Di United Kingdom (UK), ia dijual pada harga 17,495 pound (RM96,754).

Bermula dengan bahagian enjin, unit tiga silinder 1,160 cc pada model naked ini sekarang menghasilkan 183 PS pada 10,750 rpm (+3 PS) dan tork 128 Nm pada 8,750 rpm (+3 Nm). Antara penyumbangnya selain talaan, adalah ekzos baru yang juga lebih ringan dan kompak.

Kemudiannya untuk suspensi, Speed Triple kini mendapat unit semi aktif SmartEC3 daripada Ohlins. Selain boleh melaras sendiri secara automatik melalui fungsi Objective Based Tuning Interface (OBTi), suspensi ini juga membenarkan pengguna membuat pelarasan atau talaan melalui pilihan di dalam panel instrumen TFT.

Membantu lagi prestasi motosikal ini adalah brek Brembo Stylema di hadapan, bersama padanan pam atas Brembo MCS. Berat keseluruhan Speed Triple 1200 RS 2025 adalah 199 kg dan membantu catatan ini adalah bateri lithium ion serta rim baru yang lebih ringan.

Turut dipertingkat adalah sistem elektronik, dengan Speed Triple 1200 RS kini dilengkapi Engine Braking Control dan lima mod tunggangan. Turut disediakan adalah Cornering ABS, Traction Control, quickshifter serta sistem tanpa kunci. Tangki bahan api berkapasiti 15.5 liter.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required