Tarif elektrik naik 14% tak betul; tahap kenaikan dan kadar baru ditentukan pada suku kedua 2025 — PM

Tarif elektrik naik 14% tak betul; tahap kenaikan dan kadar baru ditentukan pada suku kedua 2025 — PM

Bulan lalu, dilaporkan bahawa tarif asas elektrik di Semenanjung Malaysia akan dinaikkan dari 39.95 sen/kWh ketika ini kepada 45.62 sen/kWh bermula Julai 2025, selari dengan jadual tarif baru pada bulan yang sama. Terbaru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil dan menyatakan bahawa perkara itu tidak benar.

Bagaimanapun, menurut beliau tarik elektrik dijangka akan dinaikkan pada separuh kedua tahun ini, dengan kadar yang akan ditetapkan selepas pertimbangan semula yang akan disandarkan kepada kapasiti serta harga bagi satu tempoh waktu. Senang cerita, ia akan naik, tetapi mungkin bukan 14%.

“Berkaitan Imbalance Cost Pass-Through (ICPT), ia bukanlah 14%. Pertimbangan semula setiap enam bulan itu adalah berdasarkan kadar semasa. Jadi saya tak fikir ia akan menjadi beban berlebihan kepada pengguna,” jelas Anwar di acara Tahun Baru Cina di Kesatuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di KL semalam, lapor Astro Awani.

Dilaporkan sebelum ini bahawa tarif asas elektrik akan dinaikkan dari 39.95 sen/kWh kepada 45.62 sen/kWh (+14.2%) pada Julai 2025, selari dengan jadual tarif baru.

Tarif elektrik naik 14% tak betul; tahap kenaikan dan kadar baru ditentukan pada suku kedua 2025 — PM

Perubahan ini adalah sebahagian daripada Regulatory Period 4 (RP4) tiga-tahun yang akan berkuatkuasa dari Januari 2025 hingga Disember 2027, dan menggantikan RP3 2022-2024. Bagaimanapun, dari Januari hingga hujung Jun 2025, tidak akan ada apa-apa perubahan dalam tarif elektrik serta struktur tarif, sekaligus memberikan tempoh enam bulan tempoh penyesuaian. Tarif semasa ketika ini sudah berlangsung sejak 2014.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) maklumkan kepada Bursa Malaysia yang pelaksanaan RP4 menunjukkan kesungguhan kerajaan terhadap kerangka kerja Incentive Based Regulation (IBR). “Melalui pelaksanaan RP4 di bawah IBR, TNB akan memastikan pekalan elektrik yang lancar dan berterusan kepada pelanggan, memberikan tahap servis yang lebih baik serta membantu agenda peralihan tenaga negara,” ujar satu kenyataan berkaitan oleh TNB.

Kos penjanaan kekal menjadi satu komponen besar dalam tarik elektrik, dengan gas dan arang masih menjadi sumber bahan api utama ketika ini. Kos penjanaan tambahan yang lain yang terkesan akibat kenaikan harga bahan api untuk bekalan elektrik akan diagihkan mengikut keadah ICPT.

Jadi, persoalannya bukan adakah tarif akan naik atau tidak, sebaliknya akan naik berapa banyak. Perkara ini mungkin akan menarik perhatian pemilik EV yang telah mengalihkan perbelanjaan kos bahan api kepada kos penggunaan elektrik mereka. Tarif tertinggi ketika ini ialah 57.1 sen per kWh. Pada Julai, ia akan naik berapa banyak?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required