Proton Saga MC3 2025 dijumpai lagi – badan sama, tapi pakai platfrom AMA, enjin dan kotak gear lain?

Proton Saga MC3 2025 dijumpai lagi – badan sama, tapi pakai platfrom AMA, enjin dan kotak gear lain?

Hari ini sekali lagi kami menerima imej unit prototaip Proton Saga MC3 2025 yang diuji di atas jalan raya awam. Kali ini dua unit Saga berkenaan ditemui di Tanjung Malim, berkemungkinan dalam perjalan untuk balik ke kilang Proton yang terletak di daerah Muallim, Perak berkenaan.

Untuk imej kali ini, bahagian belakang dan sisi pesaing Perodua Bezza berkenaan nampak lebih jelas. Kebanyakkan panel badan Saga ini termasuk pintu dan kerangka badan masih lagi nampak sama seperti Saga MC2 sedia ada, namun lampu belakang model kemaskini ini menampilkan rekaan yang berbeza.

Lampu tersebut bukan sahaja menampilkan nyalaan LED, malah klusternya turut direka berlainan dan nampak lebih nipis dari lampu model sedia ada. Perubahan besar pada bahagian lampu berkenaan menandakan ada lebih banyak perubahan besar lain dibuat pada model ini, dan kemungkinan ia menerima platform berbeza iaitu platform AMA yang disebut oleh Proton sebelum ini.

Proton Saga MC3 2025 dijumpai lagi – badan sama, tapi pakai platfrom AMA, enjin dan kotak gear lain?

Tiada perincian sebenar diumumkan oleh Proton berkenaan platform tersebut, namun difahamkan ia adalah platform rekaan Proton yang diasaskan dari platform-platform tempatan sedia ada dan diberikan penambahbaikkan lebih moden.

Menerusi gambar-gambar lain yang kami terima sebelum ini juga menunjukkan Saga baharu ini menerima sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) berdasarkan kamera yang dipadankan pada cermin hadapan. Ia juga diberikan gril pin krom seperti S70 serta unit lampu hadapan baharu.

Lampu tersebut masih lagi merupakan unit reflektor halogen, namun ia nampaknya menerima perubahan rekaan yang ketara – bukan sahaja bahagian yang hampir dengan gril kini menampilkan lensa berwarna oren untuk lampu isyarat membelok, malah penutup bonet juga menunjukkan perubahan yang nampak lebih ‘bulat’, menandakan perubahan turut dibuat pada kluster lampu utama tersebut.

Malah ketika dilihat diuji di Cameron Highland baru-baru ini, Saga berkenaan turut diuji bersama sebuah Perodua Myvi. Jadi tidak mustahil Saga MC3 ini turut menerima unit rangkaian kuasa termasuk enjin dan kotak gear baharu yang dibekalkan oleh Geely, dimana aspek pemanduan, prestasi, penggunaan bahan api dan sebagainya diuji dan dibandingkan dengan Perodua Myvi berkenaan.

Sekiranya Saga yang sedang diuji ini sememangnya Saga generasi baharu yang menggunakan platform dan unit rangkaian kuasa berlainana, sudah tentu ia agak mengecewakan kerana ia masih menggunakan badan yang nampak sama seperti model generasi sedia ada.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Syaiful Nizam Hassan on Mar 05, 2025 at 7:06 am

    Saya x kecewa sikit pun, tp sebaliknya sgt bangga Proton masih menggunakan platform miliknya sendiri utk hasilkan Saga terbaru ni, sekurang2nya ia mampu ditambahbaik selaras dgn teknologi automotif semasa dan ciri2 keselamatan terkini (ADAS) dah boleh dipasang dan diaplikasikan pd Saga ni. Syabas Proton!

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • SIR Nazz on Mar 05, 2025 at 1:06 pm

    Bagi saya tidak mengecewakan pon sbb Current Gen 3 Saga pon based on Saga Gen 2 BLM/FLX cumanya yang kita tengok tgh spot ni sememangnya remain Lebih kurang tapi dia guna platform AMA dan code name baru AMA01 x seperti kereta Proton lebih sinonim dengan code name P2,P3 so far ini satu penanda aras Baharu dan saya yakin platform ini diperkukuhkan dan diperbaharui dan diperhalusi sebaik mungkin walau asasnya dari Savvy/Saga BLM/FL/FLX dan Saga Current Gen 3 bagi saya ok lah…Ini menandakan penggunaan CamPro engine akan berak hit Sebelum Persona/Iriz dan saya harap ia masih kekal Segment A cam sekarang kalau dia panjang sikit seperti Axia baru 2525 atau dia jadi untuk Saga ni 2500 itu sudah cukup berbanding Segment A lain dan dia guna enjin Horse Powertrain JV antara Geely and Renault cukup memadai cam engine 1.3 N/A dan sama ada kekal guna 4AT atau back to CVT seperti Gen 3 pre facelift dan saya pasti upcoming Bezza still masih enjin sama but DCVT goings on sbbnya kembar dia Ativa/Axia guna DNGA-A dan enjin 1.0 N/A/Turbo yang bagusnya Bezza upcoming hopefully masih kekal penawaran dua varian engine berbeza seperti sekarang.Jika Saga AMA ditawarkan pada market Segment B perlu features tapi dak kot hopefully still Segment A untuk saing Bezza/Axia dan hopefully Saga ada kembar Hatchback/SUV untuk saing Axia/Ativa dan Honda WRV Dan kena Honda pon dah pandai main market kecik ini di India walau kecik but returns of Investigation (ROI) besar bagi depa sebab depa A Segment Sedan iaitu Honda Amaze bawah lagi Dari City dan design agak menarik.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required