Polis buka kertas siasatan video sekumpulan kereta dipandu secara merbahaya di Genting Highland

Polis buka kertas siasatan video sekumpulan kereta dipandu secara merbahaya di Genting Highland

Polis Bentong hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan membuka satu kertas siasatan berhubung satu video tular yang memaparkan sekumpulan pemilik kereta memandu secara melulu dan merbahaya di Jalan Genting Highlands.

Menurut Ketua Polis Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar dalam kenyataan berkenaan, pihaknya menerima video tersebut menerusi aplikasi Facebook Messenger, dan ia turut tular di beberapa media sosial lain. Beliau menyatakan bahawa aktiviti tersebut telah menimbulkan kebimbangan dan kegusaran kepada masyarakat.

Justeru, pihak Polis Bentong telah membuka kertas siasatan dan kes ini akan disiasat di bawah seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan ((APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya kepada orang awam. Zaiham turut meminta mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian itu agar tampil membantu siasatan polis.

Dalam masa yang sama Polis Bentong akan mengambil tindakan tegas dan membuat operasi bersepadu di kawasan berkenaan khususnya pada hujung minggu dan cuti umum, kerana sering mendapat aduan lokasi itu menjadi tumpuan untuk pemilik-pemilik kereta berkumpul dan melakukan aktiviti tersebut yang mengganggu kententeraman awam serta pengguna jalan raya yang lain.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required