Menteri Kerja Raya (KKR) DatukM Seri Alexander Nanta Linggi berkata Fasa 1 bagi projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak kini telah mencapai kemajuan yang signifikan dengan sembilan daripada 11 pakej kerja siap sepenuhnya.
“Sehingga Februari 2025, sebanyak 641 kilometer daripada keseluruhan 786 kilometer telah dibuka kepada pengguna. Antara pakej yang telah siap ialah jajaran Telok Melano ke Sematan (33 km), Serian ke Persimpangan Pantu (75 km), serta beberapa laluan utama lain yang memudahkan perhubungan di Sarawak.
“Dua pakej terakhir iaitu WPC06 (65 km) dijangka siap pada suku kedua 2025, manakala WPC11 (80 km) akan disiapkan secara berperingkat menjelang suku keempat 2025, kecuali Seksyen Lambir di Miri yang perlu direka bentuk semula dan dijangka siap pada Oktober 2027,” kata beliau bagi menjawab soalan di Dewan Negara pada 5 Mac lalu.
Tambahnya, sebagai Menteri Kerja Raya, beliau turut memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kontraktor yang gagal menyiapkan projek LPB Sarawak dan Sabah mengikut jadual yang ditetapkan.
“Antara langkah yang diambil termasuk pengeluaran notis amaran, pemantauan menerusi Mesyuarat Contract Coordination Meeting (CCP), penguatkuasaan penalti Liquidated Ascertained Damages (LAD), serta penamatan kontrak bagi kes kelewatan serius.
“KKR juga bekerjasama rapat dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti projek ini. Saya dan seluruh pasukan KKR akan terus memantau rapi pelaksanaan projek ini yang tentunya memberi impak besar kepada pembangunan sosioekonomi Sarawak, meningkatkan hubungan dengan Sabah dan Brunei, serta menawarkan perjalanan yang lebih pantas dan selamat kepada rakyat,” kataya kagi.
LPB Sarawak merangkumi 11 pakej WPC (pakej projek) dengan satu pakej kerja iaitu jajaran Telok Melano ke Semantan sepanjang 33 km. Di mana jajaran Kuching ke Teluk Melano ditandakan sebagai KM 0.0 kerana Telok Melano merupakan lokasi paling hujung di barat daya Sarawak.
Lebuhraya sepanjang 786.41 km dengan kos pembinaan sebanyak RM16.117 bilion ini juga mempunyai tiga Hentian Rehat Dan Rawat dan lima hentian sebelah. Projek LPB Sarawak ini dilancarkan pada tahun 2015, dengan pembinaannya bermula di Telok Melano dan berakhir di Jalan Pujut 7 Link, Miri.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.