Proton eMas 7 EV sudah mula dieksport; 50 unit ke Nepal, sejumlah kecil ke Singapura, Trinidad & Tobago

Proton eMas 7 EV sudah mula dieksport; 50 unit ke Nepal, sejumlah kecil ke Singapura, Trinidad & Tobago

Walaupun hanya sekitar tiga bulan dalam pasaran Malaysia, Proton eMas 7 kini sudahpun dibawa ke pasaran eksport lain – menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Proton, 50 unit SUV yang juga model EV pertama jenama automotif nasional itu telah dibawa ke Nepal bulan lalu.

Ini adalah sejajar dengan laporan media negara tersebut baru-baru ini yang menyatakan bahawa Proton eMas 7 bakal dilancarkan di sana pada minggu ketiga bulan Mac 2025. Laporan itu menyebut bahawa eMas 7 akan ditawarkan dalam dua varian di Nepal iaitu Light dan Max, bakal dijual pada harga bermula NPR58.9 lakh (RM189,500) sehingga NPR68.9 lakh (RM221,600).

Kedua-dua varian eMas 7 pasaran Nepal ini akan menerima motor elektrik tunggal berkuasa 218 PS/320 Nm, dengan varian Light diberikan bateri 49.52 kWj bagi memberikan jarak gerak sejauh 345 km (WLTP), manakala varian Max pula diberikan bateri 60.22 kWj untuk jarak gerak 410 kWj (WLTP).

Perincian lain yang turut disahkan termasuk skrin sesentuh utama bersaiz 15.4-inci dan paparan instrumen dengan skrin 10.2-inci. Melihat kepada spesifikasi tersebut, kedua-dua varian itu berkemungkinan besar adalah menyamai penawaran varian Prime dan Premium bagi eMas 7 pasaran Malaysia.

Proton eMas 7 EV sudah mula dieksport; 50 unit ke Nepal, sejumlah kecil ke Singapura, Trinidad & Tobago

Selain dari Nepal, Proton turut menyatakan sejumlah kecil unit Proton eMas 7 ini telah turut dihantar ke Singapura dan Trinidad & Tobago untuk tujuan penilaian sebelum dijual di kedua-dua pasaran berkenaan. Kedua-dua pasaran ini, dan juga beberapa pasaran lain termasuk Mauritus telah disebut oleh Proton untuk menerima eMas 7 ketika ia dilancarkan di Malaysia Disember tahun lalu.

Untuk Singapura, Proton eMas 7 akan dijual oleh pengedar bertauliah yang telah dilantik iaitu Vincar Group, dan pelancarannya akan dibuat tahun ini.

Namun eMas 7 tidak akan dijual di Thailand dan Indonesia, kerana kedua-dua pasaran itu menerima kembarnya iaitu Geely EX5. Geely turut akan menjual SUV ini di satu lagi pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) yang sebelum ini diwakili oleh Proton iaitu Australia – ujian dan talaan suspensi khas untuk negara tersebut baru sahaja siap, dan ia bakal dilancarkan pada pertengahan tahun ini.

Buat masa sekarang Proton eMas7 masih dipasang di China dan pasaran Malaysia masih menerimanya dalam versi CBU (diimport sepenuhnya). Namun pembinaan kilang baharu untuk memasang EV dan juga model-model tenaga baharu (nEV) yang lain telahpun bermula di Tanjung Malim, Perak, dan dijangka eMas dalam versi pemasangan tempatan (CKD) akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required