Stellantis Malaysia lancar pusat servis Subang & bilik pameran Desa Park City, untuk Peugeot, Leapmotor

Stellantis Malaysia lancar pusat servis Subang & bilik pameran Desa Park City, untuk Peugeot, Leapmotor

Stellantis Malaysia mengumumkan pembukaan dua lagi jaringan pengedar dan servis selepas jualannya iaitu pusat servis di Subang dan juga bilik pameran pelbagai jenama di Desa Park City. Kedua-dua fasiliti baharu ini adalah untuk menguruskan dua jenama iaitu Peugeot dan Leapmotor, dan kedua-duanya adalah milik Allure Auto.

Menurut Stellantis Malaysia, pusat servis Subang merupakan kemudahan pertama yang menempatkan pusat servis Peugeot dan Leapmotor Hub bagi menawarkan penyelenggaran kenderaan elektrik bervoltan dan berteknologi tinggi di bawah satu bumbung.

Dengan keluasan ruang sehingga 5,702 kaki persegi, kemudahan itu mempunyai dua tempat penyerahan dan enam ruang servis kereta. Ia dikendalikan oleh lima orang juruteknik serta penasihat servis bertauliah daripada Stellantis bagi memberikan perkhidmatan selepas jualan komprehensif seperti alat ganti, servis dan talian bantuan 24/7.

Manakala bilik pameran di Desa Park City pula, ia membolehkan pelanggan menikmati ruang lounge moden dan berinteraksi dengan konfigurator digital bagi memuktamadkan pembelian kenderaan sama ada dari jenama Peugeot mahupun Leapmotor.

“Di Stellantis, kami komited untuk menetapkan penanda aras baharu dalam kecemerlangan automotif. Menerusi kerjasama dengan Allure Auto, kami telah membangunkan satu hub bertaraf dunia yang menunjukkan kesungguhan kami dalam meningkatkan pengalaman pelanggan dan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik. Dengan empat outlet di dalam portfolio mereka, pengembangan ini membuktikan semangat inovatif dan dedikasi kami untuk memberikan pengalaman yang dinamik dan fokus kepada pelanggan. Bersama-sama, kami mendefinisikan kembali pengalaman automotif di seluruh rantau ASEAN dengan menggabungkan sentuhan peribadi dan kualiti yang tiada tandingan,” kata Pengarah Urusan Interim ASEAN Stellantis, Isaac Yeo.

“Kami sangat berbangga untuk memperkenalkan bilik pameran Desa Park City yang baru dan pusat servis Subang. Kedua-dua kemudahan ini adalah bukti usaha kami untuk menawarkan pengalaman pelanggan yang komprehensif dan lancar. Ini bagi memastikan setiap peringkat perjalanan pemilikan bermula dari pemilihan kenderaan hinggalah sokongan selepas jualan membuktikan komitmen kami terhadap kecemerlangan. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan kehadiran pelanggan ke lokasi baharu ini,” kata Pengarah Allure Auto, Lai Choong Yik pula.

Semua bilik pameran Allure Auto beroperasi setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Manakala Pusat Servis Subang dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Sabtu dari 8.30 pagi hingga 2.30 petang dan ditutup pada Ahad.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required