X-Wedge akan buka empat pusat 4S di Malaysia tahun ini – ikut konsep premium seperti di China, ada kafe

X-Wedge akan buka empat pusat 4S di Malaysia tahun ini – ikut konsep premium seperti di China, ada kafe

Sebelum ini kami pernah kongsikan kepada anda, satu jenama baru dari China, iaitu X-Wedge akan tiba di Malaysia tidak lama lagi, dan sekarang ada satu lagi berita yang berkait dengannya. Ketua pegawai operasi MForce Bike Holdings Sdn Bhd, Asri Ahmad mendedahkan, tahun ini juga empat pusat pameran 4S akan dibuka di Malaysia.

Tempatnya adalah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Sabah, tetapi kawasan tepat masih belum diberitahu. Pembinaan pusat jualan, servis, pameran dan alat ganti ini sedang giat dijalankan dan ia dijangka dapat dibuka mengikut perancangan tahun ini.

Asri memberitahu lagi, pusat 4S X-Wedge di Malaysia ini nanti akan mengikut konsep premium seperti di negara asalnya, demi memberikan khidmat dan pengalaman terbaik untuk bakal pelanggan serta pemilik motosikal jenama tersebut.

Dalam satu perjalanan ke Chongqing, China baru-baru ini, kami berpeluang singgah di pusat pameran utama X-Wedge di sana dan melihat bagaimana konsep yang akan dibawa ke Malaysia tidak lama lagi.

Bukan setakat menempatkan motosikal dan barangan gaya hidup yang berkait dengan motosikal, pusat pameran ini turut menempatkan francais kafe motosikal terkenal, iaitu Ace Cafe di bahaginan atasnya. Anda boleh saksikan selebihnya dalam galeri gambar di bawah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required