20 jenama EV terlaris pada Feb 2025 – BYD juara, Proton eMas di tempat kedua, Tesla di tangga ketiga

20 jenama EV terlaris pada Feb 2025 – BYD juara, Proton eMas di tempat kedua, Tesla di tangga ketiga

Berdasarkan data pendaftaran kenderaan terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), BYD masih mendahului senarai jenama kenderaan elektrik paling laris di Malaysia setakat 28 Februari 2025. Setakat tarikh yang dinyatakan (YTD), sebanyak 1,139 unit telah terjual dengan 634 unit dijual pada Februari. Jenama dari China ini masih kekal menjadi juara carta, mendahului Proton dengan menyaksikan 1,001 pendaftaran (580 unit pada Februari).

Sementara itu, Tesla yang memulakan langkah perlahan pada Januari dengan berada di tangga ke-14, melonjak naik ke kedudukan ketiga. Dengan 443 unit yang didaftarkan pada Februari sahaja (hanya 13 unit pada Januari), jenama Amerika Syarikat itu kini menjual 456 unit (YTD).

Manakala BMW menduduki tangga ke-empat dengan 311 unit (81 unit pada Februari), sementara Xpeng pula memintas kedudukan Zeekr dengan berada di tangga kelima apabila mendaftarkan 115 unit kenderaannya (74 unit pada Februari). Zeekr terpaksa berpuas hati berada di tangga ke-enam dengan 11 unit kenderaannya didaftarkan pada Februari (YTD 112 unit).

Turut berada dalam senarai ialah Porsche dengan 51 pendftaran pada Februari (YTD 89 unit), tetapi mengikut data JPJ, jumlah tersebut termasuk dengan unit recon. Manakala jenama MG pula dengan 29 unit (YTD 82 unit), MINI dengan 40 unit (YTD 74 unit) dan Great Wall Motor dengan 23 unit (YTD 66 unit).

20 jenama EV terlaris pada Feb 2025 – BYD juara, Proton eMas di tempat kedua, Tesla di tangga ketiga

Untuk tangga ke-11 diduduki oleh Mercedes-Benz dengan 26 unit yang didaftar pada bulan lalu (YTD 61 unit), diikuti smart pula dengan 30 unit (YTD 56 unit). Leapmotor pula jatuh dari tangga ke-11 pada Januari kini hanya di tangga ke-13 dengan 43 unit (YTD) dan 13 unit didaftarkan pada bulan lalu. Diikuti Volvo dengan 42 unit setakat ini (18 unit didaftar pada Februari).

Pendatang baru dalam industri EV tempatan, Denza yang baru saja melancarkan EV pertamanya, D9, pada bulan lalu, mencatatkan pendaftaran sebanyak 34 unit, sekaligus menempatkannya di tangga ke-15.

Manakala Hyundai pula mencatatkan pendaftaran sebanyak 23 unit dan menduduki tangga ke-16 untuk dua bulan pertama tahun ini. Melengkapkan senarai ialah Chery (YTD 22 unit) di tangga ke-17, Dongfeng (YTD 18 unit) di tangga ke-18 dan Neta (YTD 16 unit), yang berjaya memintas kedudukan Audi yang terpaksa akur di tangga ke-20 (YTD 12 unit).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required