JPJ keluar larangan kenderaan berat guna jalan raya dari 29-30 Mac Jan, 5-6 April sempena Aidilfitri

JPJ keluar larangan kenderaan berat guna jalan raya dari 29-30 Mac Jan, 5-6 April sempena Aidilfitri

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyiarkan info grafik berhubung larangan kenderaan berat menggunakan jalan raya sepanjang tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ia bakal dilaksanakan sepanjang tempoh empat hari iaitu 29 hingga 30 Mac (sebelum perayaan) dan 5 hingga 6 April 2025 (selepas perayaan).

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, kenderaan berat ini dikategorikan kepada tiga iaitu trak tunda yang muatannya melebihi 7,500 Kilogram (kg), lori kontena dan kren bergerak serta lori pembancuh simen. Bagi setiap kategori ini, ia mempunyai masa yang dihadkan penggunaannya. Bagi kategori satu iaitu lori pembawa kenderaan, trak tunda ketika tidak menunda kenderaan motor dan lori jongket (tipper) yang berat dengan muatan (BDM) melebihi 7,500 kg.

Selain itu, lori pengangkut rendah, treler tiang, treler pelantar, lori balak, jentera berat beroda, traktor, pengangkut simen, besi keluli, batu pasir, tanah dan bahan binaan lain seperti bijih timah dan arang batu turut berada dalam kategori satu yang mana tempoh larangannya ialah sepanjang empat hari berkenaan.

JPJ keluar larangan kenderaan berat guna jalan raya dari 29-30 Mac Jan, 5-6 April sempena Aidilfitri

Bagi kategori kedua pula, tempoh larangannya bermula jam 8 malam hingga 8 pagi membabitkan kenderaan lori kontena yang mengangkut barangan selain lori kontena yang mengangkut barangan dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan industri dalam negeri sama dan sebaliknya. Ia juga membabitkan lori mengangkut barangan elektronik dan elektrik serta bahan industri dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan industri dalam negeri sama dan sebaliknya.

Seterusnya bagi kategori ketiga membabitkan kren bergerak, lori pembancuh simen, lori tanpa muatan dan lori mengangkut barangan pengeluaran hasil kelapa sawit dan getah dari ladang ke kawasan industri di mana tempoh larangannya bermula jam 6 petang hingga 6 pagi dalam jarak 25 km dari tapak pembinaan tertakluk kepada had masa operasi yang dibenarkan di jalan tertentu.

Walau bagaimana pun, jentera berat beroda dan kren bergerak diberikan pengecualian bagi melaksanakan kerja-kerja kecemasan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required