Kenderaan berat boleh guna tayar jenis lain, tapi mesti mengikut saiz diluluskan – CEO Puspakom

Kenderaan berat boleh guna tayar jenis lain, tapi mesti mengikut saiz diluluskan – CEO Puspakom

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh New Straits Times, CEO Puspakom, Mahmood Razak Bahman dikatakan memberitahu bahawa tiada peraturan yang menetapkan kenderaan berat perlu menggunakan jenis tayar yang sama seperti asal.

Sebelum ini seorang pemilik lori memetik satu laporan berita mengatakan peraturan jenis tayar yang dikenakan oleh Puspakom menjadi antara sebab mereka menyewa tayar daripada ‘ejen kosmetik’ untuk memastikan kenderaan lulus pemeriksaan. Menurut Mahmood, ini adalah tidak benar.

“Saya sudah periksa perkara ini. Menurut peraturan yang ada, kenderaan tersebut perlu menggunakan tayar yang mempunyai saiz sama seperti dalam pelan,” kata beliau sambil menambah bahawa jenama tayar berbeza, dan juga tayar tanpa tiub masih boleh dipakai, selagi ia padan dengan saiz yang diluluskan.

Kenderaan berat boleh guna tayar jenis lain, tapi mesti mengikut saiz diluluskan – CEO Puspakom

“Pilihan jenis tayar lain, termasuk radial dan variasi saiz, ada disenaraikan dalam jadual yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menentukan alternatif yang ada. Jika ia (kenderaan) sepatutnya datang dengan tayar 16 inci, tapi menggunakan saiz 17 inci, kami akan gagalkan. Ini adalah mengikut peraturan,” kata Mahmood.

Pada awal Januari, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli mengakui terdapat kewujudan ‘ejen kosmetik’ yang menyewakan tayar untuk membantu kenderaan berat melepasi pemeriksaan, dan berkata jabatan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mengatasi isu ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required