Mercedes-Benz akan tamatkan model A-Class sedan & hatchback; hanya CLA, GLA, GLB untuk generasi baru

Mercedes-Benz akan tamatkan model A-Class sedan & hatchback; hanya CLA, GLA, GLB untuk generasi baru

Selepas empat generasi berada dalam pasaran, Mercedes-Benz bakal menghentikan varian hatchback untuk barisan model paling mampu miliknya iaitu A-Class. Bukan hanya hatchback, malah versi sedan A-Class juga akan dihentikan pengeluarannya, di mana model generasi baharu kelak hanya tampil dalam versi coupe empat-pintu CLA (dengan kembar wagon shooting brake), dan juga dua SUV iaitu GLA dan GLB.

Perkara ini telah diumumkan oleh ketua pegawai teknikal Mercedes-Benz Markus Schäfer ketika pendedahan Mercedes-Benz CLA C178 minggu lalu, dan dilaporkan oleh Carscoops.

“Kami memerlukan model yang boleh diterima di seluruh dunia, termasuk China dan Amerika Syarikat, saya tahu hatchback adalah gaya badan kegemaran di Eropah, tetapi ia bukan sebahagian daripada rancangan, dan kami terpaksa membuat pilihan – malah yang sukar. Mengurangkan kerumitan adalah tugas utama bagi kami. Atas sebab ini, mengecilkan keluarga kompak daripada tujuh kepada empat model adalah perlu dalam segmen ini,” kata Schäfer.

Mercedes-Benz akan tamatkan model A-Class sedan & hatchback; hanya CLA, GLA, GLB untuk generasi baru

Der neue Mercedes-Benz CLA mit EQ Technologie: Exterieur: AMG Line Plus, MANUFAKTUR patagonienrot metallic
The all-new Mercedes-Benz CLA with EQ Technology: exterior: AMG Line Plus, MANUFAKTUR patagonia red metallic

Keputusan untuk menghentikan pengeluaran bentuk badan paling popular dalam barisan model A-Class ini dan memberikan laluan kepada model dalam segmen lebih nic seperti CLA ini mungkin kelihatan pelik. Namun ia adalah sejajar dengan hala tuju baharu Mercedes-Benz bagi menghasilkan “kereta paling diingini di dunia”.

Model generasi sedia ada ini hanya akan diproduksi sehingga 2026. Malah di Malaysia sendiri bermula model facelift yang mula diperkenalkan pada Jun 2023, A-Class hanya ditawarkan dalam versi sedan sahaja, dan ia dihasilkan secara pemasangan tempatan. Namun model hatchback masih boleh dipilih dalam versi prestasi Mercedes-AMG A45S yang diimport sepenuhnya.

Bagi versi generasi seterusnya, ia diasaskan dari platform Mercedes-Benz Modular Architecture (MMA) untuk model-model kompak. Mercedes-Benz CLA C178 ini juga dibina dengan versi kenderaan elektrik (EV) sebagai varian utama, dan ia akan diikuti dengan model hibrid selepas ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required