Empat hentian R&R sementara akan dibina di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama – MB Pahang

Empat hentian R&R sementara akan dibina di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama – MB Pahang

Susulan menerima banyak aduan daripada pengguna Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang seringkali mengalami kesukaran berikutan tiada kemudahan seperti tandas dan tempat berehat, kerajaan Negeri Pahang memutuskan untuk membina empat hentian Rehat dan Rawat (R&R) sementara di lebuhraya berkenaan.

Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, hentian R&R sementara itu akan dibina dalam masa terdekat ini dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM2.5 juta. Ia melibatkan empat lokasi iaitu dua di Bentong dan masing-masing satu di Raub dan Lipis dijangka siap sebelum Aidilfitri ini, laporan Berita Harian.

“Untuk mempercepatkan kemudahan R&R ini, kita membuat keputusan menggunakan peruntukan kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum mendapatkan kembali peruntukan daripada Kerajaan Pusat. Kita jangka pembinaan empat R&R ini akan siap empat atau lima hari sebelum Aidilfitri,” katanya.

Empat hentian R&R sementara akan dibina di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama – MB Pahang

Berkenaan dengan status R&R kekal di LTU, Wan Rosdy berkata, pembinaan kemudahan itu dalam perancangan Kerajaan Pusat tetapi belum mendapat keputusan tarikh pelaksanannya.

“R&R tetap akan dibina dan dengan kemudahan hentian R&R sementara ini diharap membantu dalam tempoh jangka pendek untuk keselesaan pengguna. Oleh itu, dengan kemudahan sementara ini, saya menasihati pengguna LTU menjaga kebersihan terutama membuang sampah di tempat disediakan.

“Semua pengguna dinasihati berhati-hati ketika memandu, periksa kenderaan sebelum ke destinasi dan gunakan R&R ini untuk berehat jika mengantuk,” katanya.

Pada Oktober tahun lalu, Timbalan Menteri Kerja, Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pembinaan hentian R&R di jajaran lebuhraya terbabit yang membabitkan laluan Seksyen 4A: Kampung Relong ke Ladang Jerkoh, Kuala Lipis dijangka siap pada Ogos 2025.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required