MG4 2025 didedahkan di China – EV generasi baru guna rekaan kurang agresif, badan lebih besar

MG4 2025 didedahkan di China – EV generasi baru guna rekaan kurang agresif, badan lebih besar

MG Motor, yang dimiliki oleh SAIC menggunakan platform Weibo untuk mendedahkan EV MG4 generasi baru, yang dikatakan akan menjadi sebuah model global bagi tahun 2025. Ia menggantikan MG4 sekarang ini, yang diperkenalkan kali pertama pada tahun 2022 dan mula dijual di Malaysia Mac tahun lalu.

Jika dibandingkan antara keduanya, MG4 baru ini mempunyai rekaan yang lebih lembut, dengan lampu hadapannya kini tidak lagi mempunyai garis yang agresif, sementara bukaan udara di bahagian bucu bampar tidak lagi mempunyai tambahan kemasan di dalamnya.

Di bahagian bawah bampar masih lagi mempunyai lip yang dengan garis tegak di tengah, tetapi kemasan bahagian dalamnya ditukar menggunakan corak honeycomb, menggantikan garis tegak sebelum ini. Anda juga boleh melihat bahagian tengah bonet tidak mempunyai lekuk ke dalam.

Perincian di bahagian tepi juga menampakkan kereta ini semakin lembut dan tiada lagi kemasan hitam di bawah pintu. Mengikut laporan CarNewsChina, MG4 baru ini mencatat ukuran panjang 4,395 mm, lebar 1,842 mm, tinggi 1,551 mm dan jarak roda 2,750 mm.

MG4 2025 didedahkan di China – EV generasi baru guna rekaan kurang agresif, badan lebih besarMG4 2025 didedahkan di China – EV generasi baru guna rekaan kurang agresif, badan lebih besar

Sebagai perbandingan, MG4 sekarang pula mencatat panjang 4,287 mm, lebar 1,836 mm, tinggi 1,516 mm dan jarak roda 2,705 mm. Ini menunjukkan model baru lebih panjang 108 mm dan jarak roda bertambah 45 mm.

Di bahagian belakang, lampu yang mempunyai pencahayaan berbentuk anak panah jelas menampakkan pengaruh Cyberster dan terdapat jalur lampu yang menyambungkan unit kiri dan kanan. Pertemuan antara cermin belakang dengan lampu juga kurang agresif, sementara c-pillar dicat warna sama dengan badan dan bukannya hitam.

Buat masa ini masih belum ada gambar bahagian dalam, dan hanya sedikit spesifikasi teknikal yang diperoleh. MG4 baru ini akan mendapat bateri lithium iron phosphate (LFP), untuk menggerakkan motor elektrik di belakang yang berkuasa 163 PS (161 hp atau 120 kW). Berat keseluruhan adalah 1,485 kg dan laju maksimum 160 km/j. Untuk pengetahuan, MG4 yang ada sekarang adalah lebih berat (1,635 kg), tetapi mempunyai motor lebih berkuasa (170 PS).

GALERI: MG4 Lux 2024 di Malaysia

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required