Tiket Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 sudah mula dijual; lebih murah, ada pakej untuk keluarga

Tiket Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 sudah mula dijual; lebih murah, ada pakej untuk keluarga

Pihak penganjur Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) mengumumkan penjualan tiket untuk acara itu bagi edisi 2025 kini sudah pun bermula. Apa yang menarik, tiket bagi penganjuran acara yang masih diadakan di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) tersebut kini dijual pada harga lebih murah.

Untuk tahun ini, TASKL akan diadakan bermula 8-10 Ogos 2025. Harga tiket sehari untuk pengunjung dewasa dijual pada harga RM48, berbanding RM60 tahun lalu. Manakala tiket untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun pula dijual pada harga RM30 sehari. Juga ada disediakan pakej kombo keluarga yang merangkumi dua tiket dewasa dan dua tiket kanak-kanak dijual pada harga RM120 untuk sehari.

Sekiranya anda mahu datang setiap hari acara ke tersebut sepanjang ia diadakan, juga terdapat pakej lebih jimat iaitu RM120 untuk tiga-hari. Potongan diskaun 50% akan diberikan untuk pemegang kad OKU dan juga penjaga mereka, manakala untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun masuk adalah percuma.

Tiket Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 sudah mula dijual; lebih murah, ada pakej untuk keluarga

Penganjur turut akan memberikan lanyard edisi terhad “First at TASKL2025” secara percuma untuk 1,000 pertama yang membeli tiket tahun ini. Semua pembelian awal boleh dibuat secara atas talian menerusi laman web rasmi TASKL.

“Harga tiket adalah lebih rendah, lebih menarik dan sangat mudah diakses oleh semua orang untuk menikmati pelbagai aktiviti dan pameran tahun ini. Dengan lebih daripada 90,000 pelawat setiap hujung minggu melawat TASKL2025 dalam tempoh dua tahun pertama, harga tiket yang lebih rendah adalah untuk mengucapkan terima kasih yang tulus kepada peminat kami serta semua pempamer dan peserta kami atas sokongan padu mereka dan untuk menjadikan acara ini lebih mudah diakses oleh keluarga dan orang ramai,” kata Jason Yap, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Element X Strategies.

Element X Strategies masih lagi Pemegang Lesen Rasmi Tunggal bagi TASKL, dengan kerjasama San Ei Corporation sebagai pemilik harta intelek Tokyo Auto Salon, dan Persekutuan Tokyo Auto Salon. Buat masa sekarang Malaysia masih merupakan satu-satunya negara yang diberi hak untuk menganjurkan Tokyo Auto Salon di luar Jepun.

“Tugas untuk membawa acara kereta ubahsuai dan prestasi yang terulung di dunia dari Jepun ke Malaysia adalah sangat mencabar namun ia memenuhi tanggungjawab kami. Kami komited untuk berinovasi, memperkenalkan idea-idea baharu dan lebih-lebih lagi, melakukan semua yang kami mampu untuk memberi ganjaran kepada pengunjung kami dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Apa yang kami mahukan adalah untuk rakyat Malaysia dan pelawat serantau bagi berpeluang dan menikmati suasana yang menggembirakan anda seperti di Jepun,” tambah Yap.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, tumpuan utama bagi TASKL 2025 ialah perhimpunan “Four Heavenly Kings” di acara tersebut – perincian berkenaan perkara ini akan diumumkan tidak lama lagi. Selain itu TASKL 2025 juga akan mempamerkan 300 buah kereta yang diubahsuai dari Malaysia dan negara-negara jiran, perhimpunan kelab-kelab kereta, cabaran perlumbaan simulator dan banyak program dan aktiviti untuk keluarga dan kanak-kanak.

Dan seperti biasa, TASKL juga akan memperkenalkan koleksi edisi terhad kereta model diecast skala 1/64 untuk acara tahun ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required