Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia kembali – pendaftaran untuk cabaran perlumbaan sim dibuka

Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia kembali – pendaftaran untuk cabaran perlumbaan sim dibuka

Wakil Porsche di Malaysia iaitu Sime Darby Auto Performance (SDAP) telah mengumumkan bahawa pertandingan simulator perlumbaan Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia kembali untuk musim kedua, dan pendaftarannya sudah dibuka.

Pertandingan ini akan berlangsung selama tiga bulan – dari peringkat kelayakan sehingga peringkat akhir – dan ia akan menggunakan platform RaceRoom Racing Experience. Pertandingan ini disasarkan untuk pelumba-pelumba berumur 10- sehingga 25-tahun, dan akan dibahagikan dalam tiga kategori.

Kategori pertama iaitu Junior Dreamers dibuka untuk mereka yang berumur 10- hingga 14-tahun, Young Dreamers untuk mereka yang berumur 15- hingga 17-tahun dan Driven Dreamers untuk 18- hingga 25-tahun. Pendaftaran untuk kesemua kategori ini telah pun dibuka bermula 20 Mac dan akan berlangsung sehingga 16 April 2025.

Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia kembali – pendaftaran untuk cabaran perlumbaan sim dibuka

Setelah mendaftar, para peserta akan mula berlumba dalam sesi kelayakan yang akan berlangsung dari 12 hingga 20 April. Dalam sesi tersebut pelumba perlu mencatatkan masa terpantas di Litar Twin Ring Motegi, dengan memandu Porsche 991 GT3 Cup generasi 992 dengan diberi masa 10-minit.

Sesi ini boleh dibuat sama ada menggunakan set simulator sendiri di rumah masing-masing, atau boleh datang ke mana-mana Porsche Center – tetapi perlu membuat temujanji terlebih dahulu. Bagi mereka yang layak mara ke pusingan ke-2 akan diberikan pembimbing peribadi untuk sesi kelayakan peringkat seterusnya, dan ia akan berlangsung di Porsche Center berikut:

  • Porsche Centre Ara Damansara – 26 hingga 27 April
  • Porsche Centre Johor Bahru – 3 hingga 4 Mei
  • Porsche Centre Penang – 10 hingga 11 Mei
  • Porsche Centre Sungai Besi – 17 hingga 18 Mei
  • Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia kembali – pendaftaran untuk cabaran perlumbaan sim dibuka

    10 pelumba terpantas dalam setiap kategori di setiap Porsche Center akan bertarung pula di sesi kelayakan terakhir yang akan berlangsung di Bangsar Shopping Centre bermula 25 hingga 26 Mei.

    Dari sini, 10 pelumba terpantas untuk setiap kategori akan layak ke perlumbaan sprint terakhir bakal diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 8 Jun, sempena perlumbaan Porsche Carrera Cup Asia pusingan Malaysia berlangsung.

    Berminat? Untuk pendaftaran dan lain-lain maklumat boleh anda dapatkan dari laman web rasmi Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia pada PAUTAN INI.

    Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

    10% discount when you renew your car insurance

    Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

    Car Insurance

    Mohd Farid Awaludin

    Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

     
     

    Add a comment

    required

    required