Bangkok 2025: GWM Haval H6 facelift diperkenal — wajah baru, kabin baru, PHEV dapat bateri LFP

Bangkok 2025: GWM Haval H6 <em>facelift</em> diperkenal — wajah baru, kabin baru, PHEV dapat bateri LFP

Great Wall Motor telah memperkenalkan Haval H6 facelift di pameran Bangkok International Motor Show 2025 yang sedang berlangsung. Ini juga penampilan pertama model berkenaan dalam versi pemanduan sebelah kanan. Model tersebut dipasang di kilang GWM di Rayong, dan SUV versi CKD ini ditawarkan dalam tiga varian untuk pasaran Thailand — satu hibrid dan dua plug-in hybrid.

Tiga varian Haval H6 facelift yang dijual di Thailand terdiri daripada HEV Pro (929,000 baht; sekitar RM 121,200), H6 PHEV Pro (1,049,000 baht; sekitar RM 137,000) dan yang paling lengkap, H6 PHEV Ultra (1,149,000 baht; sekitar RM150,000).

Bangkok 2025: GWM Haval H6 <em>facelift</em> diperkenal — wajah baru, kabin baru, PHEV dapat bateri LFP

Tiada perubahan bagi sistem pacuan HEV, dengan melibatkan enjin GW4B15D 1.5 liter turbocas empat-silinder yang menjana 150 PS pada 5,500 hingga 6,000 rpm dan 230 Nm tork dari 1,500 hingga 4,000 rpm. Ini digandingkan dengan permanent-magnet synchronous motor TZ220X yang menjana 177 PS (130 kW) dan 300 Nm, yang memberikan output keseluruhan sistem sebanyak 243 PS dan 530 Nm.

Bagi H6 PHEV, enjin 1.5 liter turbo dengan janaan yang sama digunakan, tetapi output dari sistem hibridnya lebih tinggi dengan 326 PS, dengan tork maksimum yang sama dengan HEV iaitu 530 Nm. Model facelift ini bagaimanapun menerima perubahan dari aspek pek baterinya, dengan bateri lithium-iron phosphate (LFP) 27.4 kWh menggantikan unit nickel manganese cobalt (NMC) 34 kWh sebelum ini.

Bangkok 2025: GWM Haval H6 <em>facelift</em> diperkenal — wajah baru, kabin baru, PHEV dapat bateri LFP

Bateri yang lebih kecil ini turut mengurangkan jarak perjalanannya daripada 201 km kepada 150 km (kitaran NEDC). Pengecasan maksimum DC juga lebih rendah, daripada 48 kW menjadi 41 kW, namun tidak memberi kesan besar kepada tempoh pengecasan — dari 0%-80% SoC boleh dicapai dalam 35 minit. Model PHEV ini juga menyokong pengecasan AC 6 kW. Kedua-dua sistem janaan HEV dan PHEV ini digandingkan dengan transmisi hibrid khusus (DHT) pengeluarnya.

Bahagian luaran juga diberikan perubahan. Wajah depannya kini baru dan menerapkan rekaan Star River Aesthetics, dengan rekaan berbeza bagi gril serta lampu yang direka semula dengan DRL menegak di bucu bampar. Perubahan di belakang bagaimanapun tidak sama dengan model facelift di China — model Thailand ini masih mengekalkan jalur lampu seperti sebelum ini, sedangkan model China menggunakan rekaan lampu individu. Perbezaan lain melibatkan penggunaan ejaan GWM yang menggantikan Haval, serta kemasan krom di belakang kini dalam warna hitam.

Di dalam, Haval H6 facelift ini didatangkan dengan ruangan hitam sepenuhnya serta rekaan papan pemuka yang diberi perubahan di bahagian konsol tengah, serta tiada lagi tombol gear bulat sebelum ini, dan diganti dengan tuil gear baru.

Model facelift ini juga datang dengan roda stereng dua-jejari, serta skrin sentuh infotainmen 14.6-inci yang menggantikan unit 12.3-inci. Ia menggunakan perisian Coffee OS 3.0 oleh GWM sendiri. Paparan panel instrumen kekal 10.25-inci.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required