ECRL kini 81% siap, sedia sepenuhnya pada Dis 2026

ECRL kini 81% siap, sedia sepenuhnya pada Dis 2026

Projek East Coast Rail Link (ECRL) kini telah mencapai kadar kesiapan 81.07%, dan jajaran dari Kota Bharu ke Selangor berada dalam tempoh binaan yang betul dan akan siap pada Disember 2026, lapor Bernama. Projek ini telah mencapai tahap 90% siap di Terengganu, dan 86% di Pahang.

Kerajaan Kelantan telah memainkan peranan yang penting dalam memastikan projek ini berjalan lancar, terutama dalam menyelesaikan masalah berkaitan pengambilan tanah, jelas CEO Malaysia Rail Link (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

“Progres kerja bagi 43 km jajaran di Kelantan telah mencapai 88.86%, yang memberi sumbangan penting kepada perjalanan mempersiapkan keseluruhan projek berkenaan. Proses ujian dan pentauliahan dijangka akan bermula pada Jun 2026. Kerja-kerja pemasangan landasan semuanya menunjukkan perkembangan positif, dengan progres penting dicapai di Kelantan, Terengganu dan sebahagian negeri Pahang melibatkan 400 km jajaran dan Tunjong, Kota Bharu ke Maran di Pahang,” jelas Darwis.

ECRL kini 81% siap, sedia sepenuhnya pada Dis 2026

Sementara itu, pembinaan dua stesen ECRL di Kelantan — di Tunjong dan Pasir Puteh — masing-masing telah mencapai 69% dan 68% siap. Kerja-kerja di kedua-dua stesen berkenaan dijangka siap pada Mei 2026, jelasnya lagi.

Pada Februari, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bahawa fasa pertama ECRL (Kota Bharu-Gombak Integrated Terminal) akan memulakan ujian dan pensijilan pada Jun 2026 sebelum dibuka untuk operasi pada Januari 2027. Fasa kedua, dari Gombak ke Port Klang dijangka akan siap pada Disember 2027 dan mula beroperasi pada Januari 2028, tambahnya.

Prokel ECRL meliputi laluan sepanjang 665 km dan akan merentas negeri-negeri Pantai Timur termasuk Kelantan, Terengganu dan Pahang, dan menghubungkannya dengan Selangor di pantai barat Semenanjung.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required