Proton eMas 7 catat 5,500 unit tempahan — lebih 1.8k unit telah diserah; EV paling laris di Malaysia kini

Proton eMas 7 catat 5,500 unit tempahan — lebih 1.8k unit telah diserah; EV paling laris di Malaysia kini

Proton umumkan bahawa syarikat itu telah menerima 5,500 tempahan bagi model eMas 7 setakat ini, sejak mula mengambil tempahan Oktober lalu — sebelum dilancarkan pada Disember 2025. Syarikat itu menambah, eMas 7 kini merupakan EV paling laris di Malaysia bagi tiga bulan berturut-turut pada 2025, dengan lebih daripada 1,800 unit telah diserahkan kepada pelanggan — 1,853 unit setakat 8 April lalu.

“Kejayaan eMas 7 ini menunjukkan apa yang boleh dicapai ketika kami menggabungkan kepakaran EV global dengan kefahaman tempatan yang mendalam. Kami memperkenalkan kenderaan yang mencerminkan keperluan dan aspirasi pemandu di Malaysia yang praktikal, berprestasi tinggi dan mudah untuk kegunaan harian,” ujar CEO Pro-Net, Zhang Qiang.

Dilancarkan hujung tahun lalu, eMas 7 diperkenalkan dalam dua varian — Prime dan Premium — kedua-duanya dengan motor elektrik di depan, yang menjana 218 PS dan 320 Nm. Ini membolehkan SUV elektrik ini memecut 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat dan laju maksimum 175 km/j.

Prime menggunakan bateri 49.52 kWh dan menawarkan jarak 345 km, sementara Premium menggunakan bateri 60.022 kWh yang memberikan jarak 410 km (WLTP), dengan bateri lithium iron phosphate (LFP) Aegis bilah pendek oleh Geely.

Untuk mengecas dari keadaan 30% hingga 80% memerlukan 20 minit dengan pengecas DC sehingga 100 kW bagi Premium (80 kW bagi Prime). Sementara cas penuh menggunakan wallbox 11 kW AC memerlukan 4.9 jam untuk Prime dan 6.1 jam untuk Premium. eMas 7 juga merupakan model pertama Proton yang dilengkapi ciri bantuan pemanduan, termasuk ciri pemanduan semi-autonomous Tahap 2.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required