Leapmotor C10 EV akan dipasang di Gurun dan dieksport ke pasaran ASEAN lain secara berperingkat

Leapmotor C10 EV akan dipasang di Gurun dan dieksport ke pasaran ASEAN lain secara berperingkat

Stellantis dan Leapmotor telah menandatangani perjanjian untuk pemasangan kenderaan Leapmotor di Malaysia. Perkara ini akan berlangsung di kilang pemasangan Stellantis di Gurun, Kedah bermula hujung tahun ini. Ia melibatkan pelaburan awal bernilai lima juta Euro (RM24 juta).

Model pertama yang akan dipasang di bawah program ini ialah Leapmotor C10, yang dilancarkan di Malaysia pada Oktober tahun lalu. Bagi peringkat awal, pengeluarannya adalah untuk pasaran tempatan, perancangan masa panjangnya bagaimanapun adalah untuk memperluas kehadiran jenama tersebut di rantau ASEAN. Model-model lain Leapmotor juga akan terlibat, seperti SUV lima-tempat duduk B10 dan juga REEV C10.

Menurut Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo, Malaysia akan menjadi hab pengeluaran bagi Stellantis. “Rancangannya adalah untuk memerluas pengeluaran syarikat, bermula dengan Leapmotor terlebih dahulu, yang akan membawa masuk B10, sebelum beralih kepada jenama lain di bawah Stellantis,” jelasnya.

Leapmotor C10 EV akan dipasang di Gurun dan dieksport ke pasaran ASEAN lain secara berperingkat

Yeo menjelaskan, pengeluaran bagi C10 akan menggunakan pendekatan semi-knocked down (SKD) pada permulaannya tahun ini, dan akan beralih kepada CKD selepas itu untuk pasaran eksport. “Langkah berikutnya adalah untuk melibatkan pembekal dalam usaha untuk menjalankan lokalisasi untuk Leapmotor secara berperingkat bermula tahun ini hingga 2030, menuju eksport ke negara-negara ASEAN. Menjelang 2025 dan 2027, kami mungkin akan mengeksport dari sini ke rantau lain,” ujarnya.

Kilang di Gurun itu yang mempunyai kapasiti pengeluaran 60,000 unit setahun, telah dipilih kerana lokasi strategiknya serta prasarana automotif sedia ada, yang akan membolehkan pengeluaran cekap dan memudahkan pengedaran ke pasaran serantau.

Leapmotor C10 EV akan dipasang di Gurun dan dieksport ke pasaran ASEAN lain secara berperingkat

Syarikat itu juga sedang mempertimbangkan pengenalan model C10 REEV di sini. “Menjelang tahun depan harapanya kami akan membawa masuk C10 REEV. Masalahnya REEV masih dikategorikan sebagai ICE, maka kami sedang berbincang dengan MITI dan MIDA untuk melihat potensi lokalosasinya untuk Malaysia dan ASEAN,” tambah Yeo.

Hadir dalam majlis sama ialah Pengasas, Pengerusi dan CEO Leapmotor, Zhu Jiangming, yang menjelaskan bahawa projek berkenaan akan mempercepat perluasan Leapmotor di rantau ini. “Kami bersedia untuk bekerjasama dengan Stellantis Group untuk membawakan teknologi baru ke atas transformasi industri automotif Malaysia, dan menetapkan penanda aras baru ke dalam pasaran Asia Tenggara yang semakin terbuka untuk Leapmotor,” ujarnya.

Leapmotor C10 RWD 2025 di Malaysia

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required