KTMB sediakan tren tambahan ETS sempena Aidiladha – 29 Mei-9 Jun, KL Sentral-Butterworth, Padang Besar

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan bahawa jualan tiket untuk empat perkhidmatan tren tambahan ETS sempena Hari Raya Aidiladha 2025 dibuka mulai hari ini.

Perkhidmatan tren ETS tambahan ini adalah melibatkan laluan KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral bagi perjalanan antara 29 Mei hingga 9 Jun. Di mana tren akan bertolak dari Stesen KL Sentral pada jam 5 petang dan tiba di Padang Besar jam 10.20 malam, manakala perjalanan dari Padang Besar pula bergerak jam 11.05 pagi dan tiba di Stesen KL Sentral pada jam 4.30 petang.

Selain itu, KTMB juga menyediakan tren ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Butterworth-KL Sentral untuk perjalanan antara 6 hingga 9 Jun. Di mana tren dari Stesen KL Sentral akan bergerak dari jam 4.45 petang dan tiba di stesen Butterworth jam 8.50 malam. Manakala perjalanan bagi tren dari Butterworth pula jam 11.20 pagi dan tiba di Stesen KL Sentral pada jam 3.25 petang.

Penumpang perkhidmatan ETS disarankan agar merancang perjalanan serta membeli tiket lebih awal bagi menikmati tambang fleksibel yang lebih menjimatkan dan mengelak kehabisan tiket pada saat akhir.

Tiket boleh dibeli secara tanpa tunai menerusi aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my atau di mesin kios KTMB. Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200 atau melayari platform media sosial rasmi KTMB untuk maklumat terkini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required