Proton mengumumkan bahawa ia melantik Ainol Azmil sebagai pemangku timbalan CEO berkuat kuasa 10 Jun 2025 bagi menggantikan tempat yang akan ditinggalkan oleh Roslan Abdullah. Dengan jawatan baharu ini Encik Ainol akan melapor kepada CEO Proton Dr Li Chunrong, namun beliau akan terus menjalankan portfolio sedia ada dalam Strategi Korporat dan Perolehan Teknikal Kumpulan.
“Proton mengalu-alukan Ainol Azmil sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif. Kami yakin dengan kemampuannya untuk mengambil alih jawatan sementara ini. Pada masa yang sama, Proton ingin menyampaikan penghargaan tertinggi kepada Roslan Abdullah atas sumbangannya kepada syarikat dan mengucapkan selamat maju jaya dalam usaha-usahanya yang akan datang,” kata Dr Li.
Roslan menyertai Proton sejak 1 Jun 2020 dengan dilantik sebagai Naib Presiden, bahagian Pemasaran dan Jualan untuk Proton dan juga sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Proton Edar Sdn Bhd (PESB) selepas meninggalkan Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) sebagai Ketua Pegawai Operasi. Beliau kemudiannya dilantik timbalan CEO Proton pada 1 Januari 2022 bagi menggantikan Dato’ Radzaif Mohamed yang telah bersara dari jawatan berkenaan pada 31 Disember 2021.
Bersama Proton Roslan telah membantu jenama automotif nasional itu untuk mengukuhkan kedudukannya di Malaysia sambil juga memasuki pasaran EV dengan produk pertamanya, Proton e.MAS 7.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
DRB menjual saham 49.9% kepada Geely secara bersyarat (melepaskan 51% saham Lotus untuk Geely, baki masih dipegang kumpulan Syed Mokhtar Al Bukhary).
Kemasukan Geely membuka peluang Proton menjual model baru dengan kos minima tanpa perlu R&D (hanya rebadge termasuk beberapa perubahan dan sentuhan tempatan). Ini akan menyelamatkan kewangan perbelanjaan Proton sekaligus mampu membina pasaran ekspot Proton.
Projection yang diberikan.
Pertama. Selepas 10 tahun bersama Proton akan menjadi penjual no. 1 Malaysia.
Kedua. Selepas 2025 Proton mampu menghasilkan 250 ribu unit kenderaan setahun. Banyak kereta terjual, bermakna Geely juga terima manfaat dari segi keuntungan dan brqnd establishment.
Ketiga. Menjelang 2030 Proton dijangka menjadi pengeluar ke 3 terbesar di Asean, di mana group Toyota sahaja melebihi 2 juta unit di 2 pasaran terbesar Asean iaitu Thailand dan Indonesia.
Hakikatnya : Proton mencatat pertumbuhan positif tetapi tidak melepas paras 125 ribu unit setahun walau hampir mencecah 10 tahun dan pengenalan pelbagai model baru termasuk 2 SUV, 1 MPV dan 1 sedan manakala model 3 model sedia ada diberi nafas baru iaitu Saga, Iriz, Persona.
Proton tidak mungkin mampu mencecah angka 250 (kali terakhir Proton melakukan jualan sebegini ialah antara 2002-2004 sewaktu Saga LMST, LMSS, Wira dan Waja yang mendorong pembinaan kilang baru di Tg Malim bagi menampung permintaan).
Bermakna Proton juga gagal memecah dominasi Perodua di pasaran tempatan walaupun angka jualan kereta tempatan naik dari 600k setahun ke 800k setahun.
Proton juga gagal menjejak kembali ke pasaran negara jiran iaitu Thailand (yang popular dengan kenderaan diesel, trak pikap dan van penumpang) serta Indonesia (popular dengan MPV kecil spt Grand Livina, Avanza, Xpander dan Honda BRV).
Proton melangkah ke pasaran luar seperti Pakistan, Mesir dan Chile tetapi angka jualan sangat kecil dan tersasar dari angka yang dimahukan.
Tekanan ke atas Roslan adalah besar dan beliau juga mengambil langkah bertanggungjawap dengan mengundur diri bagi memberi laluan pada pengganti.
Jumlah wakil jualan proton kini melebihi 100 outlet. Dengan jualan sekitar 120k setahun bermakna 12k sebulan bermakna secara purata setiap outlet menjual 120 unit atau 4 unit sehari.
Bukan mudah sekiranya pemilik syarikat membelanjakan jutaan ringgit untuk membina pusat 3S, operasi harian dan stok alat ganti tetapi pulangan pada paras balik modal.
Beberapa tahun lepas ada syarikat wakil proton dengan 4 cawangan menutup operasi dan berkemungkinan ini terjadi lagi dengan dealer lain jika proton gagal melonjakkan jualan minimum 200k setahun.