Perodua ‘QV-E’ diparkir sebelah BYD Atto 3 ketika sedang diuji tunjuk saiz dan rekabentuk sebenar

Perodua ‘QV-E’ diparkir sebelah BYD Atto 3 ketika sedang diuji tunjuk saiz dan rekabentuk sebenar

Ini mungkin penampilan paling jelas EV Perodua setakat ini. Model berkenaan, yang dijangka akan diberikan nama “QV-E” berdasarkan fail tanda dagang yang dibuat oleh Perodua, telah dipertontonkan dalam versi prototaip akhir ketika Malaysia Autoshow 2025. Ia akan dilancarkan hujung tahun ini.

Ini adalah gambar dari tangkap layar video yang dikongsi oleh shamiru-san dalam laman Malaysian Electric Vehicle Owners Club (MyEVOC), dan kelihatan Perodua EV berkenaan diparkir bersebelahan dengan BYD Atto 3 di stesen pengecasan.

Seperti yang kelihatan dalam video berkenaan, unit ujian dengan pelekat samaran ini tidak dilengkapi dengan pintu barangan kuasa elektrik, kerana untuk membuka dan menutupnya perlu dilakukan secara manual. Tetapi, ini hanya unit pembangunan, bukan unit akhir untuk pengeluaran. Semoga ciri berkenaan akan ditawarkan nanti — kereta elektrik, but mestilah ada kuasa elektrik juga, kan?

Perodua ‘QV-E’ diparkir sebelah BYD Atto 3 ketika sedang diuji tunjuk saiz dan rekabentuk sebenar

Kedudukannya yang bersebelahan dengan BYD Atto 3 ini secara tidak langsung menunjukkan saiz dan proposi sebenar rekaannya, dengan bumbung yang rendah, jejak yang lebar dan roda besar. Semuanya lebih jelas kini berbanding prototaip yang ditampilkan sebelum ini di Malaysia Autoshow 2025. Garis bumbung yang condong ke belakang juga sangat mirip dengan Atto 3. Bagaimanapun, spoiler yang kelihatan pada unit Perodua ini mungkin tidak akan dikekalkan untuk produk akhir nanti.

Unit yang dilihat ini juga lebih kemas kedudukannya, yang lebih rendah berbanding unit pameran sebelum ini. Lihat juga tingkap kecil di belakang, serta pemegang pintu yang tersembunyi ala Toyota CH-R. Ciri dan rekaan yang mana akan ditawarkan nanti untuk pengguna akhirnya? Itu masih kekal jadi persoalan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Ex VGM staff on Jun 05, 2025 at 12:28 pm

    Ada jumpa isnin malam lepas di Genting Highlands dalam perjalanan turun ke bawah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required