Laporan awal nahas kemalangan babitkan trak FRU akan dibentang kepada kabinet minggu depan — Loke

Laporan awal nahas kemalangan babitkan trak FRU akan dibentang kepada kabinet minggu depan — Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan hasil siasatan ke atas kejadian kemalangan maut yang mengorbankan nyawa sembilan petugas Unit Simpanan Persekutuan (FRU) akan dibentangkan kepada kabinet minggu depan, lapor The Star.

“Laporan awal daripada pasukan petugas khas akan dibentangkan selepas mesyuarat kabinet minggu depan. Kami telah berikan 30 hari kepada pasukan tersebut untuk tujuan ini. Saya akan memberi taklimat kepada kabinet sebelum kami mengambil keputusan tindakan seterusnya,” kata Loke di ibu pejabat kementeriannya semalam.

Kejadian tersebut, yang berlaku pada 13 Mei, melibatkan sebuah trak FRU dan lori pasir, yang menyaksikan lori terbabit merempuh dari depan trak FRU di Jalan Chikus-Sungai Lampam di Teluk Intan, Perak.

Berikutan kejadian itu, sebuah pasukan petugas khas dibentuk untuk menyiasat punca kemalangan, termasuk untuk mengenal pasti kelemahan sistem dalam langkah keselamatan jalan raya yang mungkin ada. Sebagai tambahan, ia juga akan digunakan untuk menilai semula panduan, infrastruktur dan pelaksanaan teknologi keselamatan sedia ada untuk membantu menghindari kejadian serupa pada masa depan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required