Makluman buat semua pengguna Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA). Syarikat konsesinya, Besraya (M) Sdn Bhd mengumumkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan secara berjadual sedang dilaksanakan di sepanjang lebuhraya ini sejak 3 Jun lalu dan ia akan berlangsung sehingga 30 November 2025.
Menurut syarikat tersebut, kerja penyelenggaraan yang membabitkan kerja turapan dan penandaan jalan itu dijadualkan berlangsung pada waktu malam sahaja, iaitu mulai jam 10 malam hingga 6 pagi setiap hari sepanjang tempoh berkenaan.
Jelasnya, penutupan lorong dilakukan secara berperingkat melibatkan kedua-dua arah lebuh raya antara KM0.1 hingga KM21.9, KMB0.0 hingga KMB0.8, KMS0.0 hingga KMS2.2 dan KMP0.0 hingga KMP3.3. laporan Bernama.
“BESRAYA juga akan memastikan maklumat trafik serta penutupan lorong di lokasi yang terlibat dihebahkan kepada orang ramai secara berterusan melalui papan tanda elektronik di sepanjang lebuhraya. Sehubungan itu, pengguna lebuhraya juga dinasihatkan supaya mematuhi arahan papan tanda,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan kerja penyelenggaraan tersebut dilaksanakan dengan sokongan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan pengguna. BESRAYA turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi pengguna lebuhraya, dan sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian Besline di 1-800-88-0999
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.