Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan arahan kepada Prasarana untuk meningkatkan aspek keselamatan di semua stesen LRT dan MRT, termasuk memasang pintu keselamatan penumpang, laporan New Straits Times.
Ini bagi mengelak berulangnya kejadian seperti yang melibatkan seorang warga Taiwan yang maut selepas terjatuh ke landasan LRT di stesen LRT Pusat Bandar Puchong kelmarin, kata menterinya Anthony Loke.
“Dari segi langkah keselamatan, saya telah meminta Prasarana merancang untuk memasang pintu keselamatan penumpang di semua stesen LRT dan MRT. Atas sebab ini, untuk stesen MRT baharu, terdapat pintu keselamatan, iaitu pintu [automatik] sebelum tren tiba,” kata Loke.
Perkhidmatan monorel juga telah meningkatkan aspek keselamatan, namun laluan LRT Ampang yang merupakan stesen reka bentuk lama yang masih belum dipasang pintu keselamatan yang lebih baharu di platform, kata menteri pengangkutan itu. “Jadi, itu adalah yang saya minta Prasarana laksanakan,” tambah Loke.
Sementara itu, siasatan berhubung kematian warga Taiwan itu sedang dijalankan, kata ketua polis Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.