Subaru siar teaser model baru seakan WRX atau STI

Subaru siar teaser model baru seakan WRX atau STI

Menurut portal CarWatch dari Jepun, Subaru bakal memperkenalkan sebuah model baru di acara Japan Mobility Show yang akan berlangsung pada hujung Oktober ini. Dalam satu sesi bersama media semasa perlumbaan siri Super Taikyu di Litar Fuji Speedway, Subaru telah menayangkan satu teaser model misteri – yang mungkin merupakan model WRX serba baharu atau varian STI.

Imej teaser tersebut menunjukkan sebuah model berprestasi tinggi dengan rekaan hadapan yang menyerupai WRX generasi kedua yang dilancarkan pada September 2021. Namun, terdapat beberapa perbezaan antaranya gril yang direka semula dan lubang udara pada bonet. Juga kelihatan, lengkuk roda yang lebih besar, rekaan lampu nyalaan siang (DRL) baru, spoiler bibir di bahagian depan serta bumbung yang lebih panjang – memberi petunjuk model ini mungkin berasaskan badan hatchback.

Pengarah urusan eksekutif dan ketua pegawai teknikal Subaru, Tetsuro Fujinuki yang membentangkan teaser tersebut berkata bahawa model ini akan “menggunakan sepenuhnya teknologi terkini Subaru” dan mereka “berhasrat untuk menghasilkan kereta yang lebih maju dan moden.”

Di acara Tokyo Auto Salon awal tahun ini, Subaru telah memperkenalkan prototaip WRX STI S210, yang dijadualkan mula dijual di Jepun pada musim bunga dan terhad kepada 500 unit sahaja. Model edisi khas ini bukan sahaja menerima peningkatan kuasa, malah turut dilengkapi dengan sistem gantungan adaptif, rangka tambahan untuk kekuatan casis dan kit aerodinamik. Namun begitu, model ini hanya ditawarkan dengan transmisi CVT dan bukan transmisi manual – sesuatu yang mungkin mengecewakan peminat tegar STI.

Walaupun begitu, model STI S210 ini kelihatan agak berbeza daripada teaser terbaru yang didedahkan. Maka, kita perlu tunggu sehingga bulan Oktober untuk mengetahui dengan lebih jelas apakah kejutan sebenar yang sedang disediakan oleh Subaru.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required