Proton S70, X70 MC akan guna enjin empat-silinder?

Proton S70, X70 MC akan guna enjin empat-silinder?

Sebuah slide taklimat yang dilihat dimuat naik di Facebook telah menunjukkan garis masa pengenalan model terbaru daripada Proton — Saga baru akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini, selepas X50 facelift dilancarkan.

Selain itu, ada juga paparan tentang X70 MC dan S70 MC, dengan petunjuk yang memberi gambaran bahawa kedua-dua model dalam segmen C terbabit akan menerima enjin empat-silinder baru yang akan membuat penampilan sulung dengan X50 nanti.

Ada juga desas-desus yang menyatakan bahawa Saga akan menggunakan versi NA enjin yang sama. Jika semua ini betul dan disahkan kelak, ini bermakna enjin baru empat-silinder berkenaan akan menjadi nadi utama yang menggerakkan semua model Proton selepas ini, sama seperti mana enjin CamPro yang pernah digunakan sebelum ini.

Proton S70, X70 MC akan guna enjin empat-silinder?

Ketika ini, S70 sedan dan X70 SUV menggunakan enjin 1.5 liter tiga-silinder petrol, dengan janaan output 177 PS dan 255 Nm untuk X70, dan 150 PS dan 220 Nm untuk S70.

Versi terkini X70 diperkenalkan pada Ogos 2024, ditawarkan dalam empat varian dengan harga bermula dari RM99k — sebuah model yang menggunakan asas daripada model Geely Boyue tahun 2022.

Di China, enjin 1.5T empat-silinder yang digunakan menjana sebanyak 180 PS dan 290 Nm tork. Sekiranya ini dikekalkan untuk pasaran Malaysia, X70 SUV akan menerima sedikit peningkatan janaan output, serta peningkatan yang lebih ketara bagi S70 sedan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

 

Add a comment

required

required