PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa pihaknya sedang melaksanakan penutupan sepenuhnya lorong di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dari Jambatan Pulau Pinang menuju ka George Town. Ia akan berlangsung sehingga 20 Jun (esok) iaitu dari jam 10 malam hingga 6 pagi.
Di mana lokasi yang tepat diterangkan sebagai ‘Lane N: CH 1.0 – CH 1.25’ dan di situlah terletaknya The Light, iaitu sebelum stesen minyak Caltex. Sepanjang tempoh yang dinyatakan, kesemua empat lorong menuju ke George Town ditutup, dan aliran kontra diaktifkan, jadi dua lorong yang menghala ke Jambatan Pulau Pinang juga ditutup untuk tujuan ini.
“Langkah ini diambil bagi membolehkan kerja-kerja perobohan jejantas pejalan kaki dijalankan dengan selamat menggunakan jentera khas di laluan berkenaan. Sehubungan itu, para pengguna lebuhraya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan mematuhi semua papan tanda serta arahan keselamatan yang disediakan di lokasi kerja. Kerjasama dan keprihatinan semua pengguna amat dihargai,” kata PLUS.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.