RM4b diperlukan untuk baikpulih jalan raya yang alami kerosakan kritikal, buat ikut peruntukan – Menteri

RM4b diperlukan untuk baikpulih jalan raya yang alami kerosakan kritikal, buat ikut peruntukan – Menteri

Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengakui kementeriannya berhadapan dengan kekangan kewangan setiap tahun untuk baikpulih jalan raya yang mengalami kerosakan kritikan, laporan Bernama.

Menurut beliau, jika ingin membaikpulih jalan raya yang rosak di seluruh negara secara serentak, KKR memerlukan hampir RM4 bilion. namun disebabkan kekangan kewangan, pihaknya menjalankan kerja baikpulih jalan raya secara berperingkat berdasarkan peruntukan sedia ada.

“Kita (KKR) sudah ada data lengkap jalan-jalan berbahaya dan keperluan kewangan. Kalau nak baik pulih semuanya, kita perlukan RM4 bilion tetapi kita tidak mempunyai peruntukan sebanyak itu, jadi kita buat secara berperingkat. Kita utamakan (jalan) yang kritikal dahulu. Yang rosak tetapi tidak terlalu teruk, kita tangguhkan sedikit,” katanya.

RM4b diperlukan untuk baikpulih jalan raya yang alami kerosakan kritikal, buat ikut peruntukan – Menteri

Berkenaan dengan kerja penyelenggaraan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang baru-baru ini meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), beliau berkata RM55 juta diperuntukkan untuk tujuan itu termasuk pemasangan sebanyak 385 lampu di sepanjang jalan berkenaan.

Difahamkan Penilaian Keadaan Turapan (PCA) menggunakan teknologi canggih sudah selesai dijalankan di lokasi kemalangan maut itu dan kini laporan sedang disediakan bagi menjadi panduan penting untuk tindakan lanjut kerja-kerja pavemen. Manakala kerja bukan pavemen seperti pemasangan sistem penghadang dan papan tanda sedang berjalan, kini mencapai 10% kemajuan dan dijangka siap Ogos ini.

Malah lokasi berkenaan juga termasuk dalam program pemasangan lampu solar bagi menambah baik keselamatan selekoh berbahaya dan kerja akan bermula bulan depan serta dijangka siap Oktober ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required