Bagi pengguna perkhidmatan tren KTM Komuter laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral, ini ada makluman buat anda. KTMB telah memgumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan kerja-kerja menaik taraf sistem pembetungan landasan kereta api antara Stesen Pelabuhan Klang dan Batu Tiga pada Ahad ini, 13 Julai 2025.
Sehubungan itu, pada hari tersebut, KTMB memaklumkan tiada perkhidmatan tren KTM Komuter dari Pelabuhan Klang ke Subang Jaya. Sebagai alternatif, pengendali rel tersebut akan menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik di stesen-stesen yang terjejas ke Stesen Subang Jaya, di mana pengguna boleh meneruskan perjalanan mereka untuk ke KL.
Stesen-stesen yang akan mempunyai perkhidmatan bas ulang-alik pada Ahad ini ialah Pelabuhan Klang, Telok Gadong, Klang, Bukit Badak, Padang Jawa, Shah Alam dan Batu Tiga. Perkhidmatan bas ini akan bermula pada jam 6.30 pagi. Dipercayai, KTMB memilih hari Ahad untuk menjalankan kerja-kerja penting ini bagi mengurangkan gangguan pada hari bekerja yang boleh dianggap sebagai satu langkah yang wajar.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.