Jambatan baru Marang akan siap pada Januari 2027

Jambatan baru Marang akan siap pada Januari 2027

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan bahawa projek Jambatan Marang baharu kini sedang berjalan seperti yang dirancang dan bakal siap sepenuhnya pada Januari 2027. Jambatan berkenaan merupakan sebahagian dari Jalan Persekutuan 3 (FT3) dan menghubungkan laluan antara Kuala Terengganu dan juga Kuantan.

Sehingga 30 Jun tahun ini, projek yang bermula pada 9 Disember 2021 dan bernilai RM338 juta tersebut telahpun siap sebanyak 54.7%. Ia termasuk laluan 2.5 km sepanjang FT003, menampilkan jambatan sepanjang 220 meter merentasi Sungai Marang dan juga jejambat sepanjang 680 meter merentasi bandar Marang. Jalan sedia ada juga ditingkat taraf kepada jalan dua lorong sehala sejauh 1.5 km.

Dalam laporan Bernama, Nanta menjelaskan bahawa projek ini telah dua kali melalui lanjutan masa (EOT), difahamkan ia disebabkan oleh isu pengambilan tanah dan telah diselesaikan. “Kontraktor dan pegawai telah memberi jaminan bahawa tidak akan ada lagi EOT,” katanya ketika meninjau perkembangan pembinaan jambatan itu.

Jambatan baharu dengan empat lorong tersebut akan menggantikan jambatan lama yang telah uzur digunakan sejak 1950’an. Ia bukan sahaja akan menyelesaikan masalah kesesakan ketika waktu puncak dan perayaan, malah binaannya yang lebih tinggi membolehkan bot nelayan menyusuri ke hulu dan tidak lagi tersekat oleh ketinggian jambatan sedia ada.

“Dengan pembinaan jambatan baharu ini pastinya dapat merangsang pertumbuhan ekonomi setempat khususnya dalam sektor perikanan dan logistik maritim bagi daerah Marang,” katanya. Projek jambatan baru Marang ini antara yang disenaraikan dalam program penggantian jambatan dan menjadi keutamaan untuk dilaksanakan seperti yang dimohon Kerajaan Terengganu dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) susulan pertambahan trafik.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required