Tiada cadangan perkhidmatan ETS diperluas ke pantai timur kerana kekurangan kemudahan elektrifikasi

Tiada cadangan perkhidmatan ETS diperluas ke pantai timur kerana kekurangan kemudahan elektrifikasi

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata buat masa ini tiada cadangan untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS) diperluas ke pantai timur, laporan Bernama.

Katanya, ini kerana kawasan berkenaan mempunyai landasan tunggal serta belum ada kemudahan landasan untuk operasi tren elektrik.

“Pantai timur hanya untuk penggunaan Diesel Multiple Unit (DMU) sebab landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk pantai timur ini single track dan tidak electrified… tetapi pantai timur akan ada Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL),” katanya.

Tambah beliau, ketika ini perkhidmatan ETS akan kekal tertumpu di pantai barat dari Padang Besar, Perlis hingga ke Johor Bahru, Johor.

Sementara itu, mengenai KTMB, Loke berkata operasi pengangkutan itu perlu ditambah baik terutamanya dalam perkhidmatan komuter, ETS dan kargo yang menurut beliau belum mencapai tahap keuntungan penuh. Walau bagaimana pun, beliau berkata, ia bukan fokus utama KTMB yang juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana mempunyai tanggungjawab sosial untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required