Selepas tiga tahun diperkenalkan di pasaran Malaysia, Honda HR-V generasi ketiga yang mula dijual di sini sejak tahun 2022 kini menerima kemaskini dan versi facelift-nya pada tahun 2025.
Menampilkan beberapa kemaskini dari segi kelengkapan, rekaan dalam dan warna badan luaran, Honda HR-V kini masih ditawarkan dalam empat varian — S yang dilengkapi enjin 1.5L NA (RM115,900); E yang dijana enjin 1.5L VTEC Turbo (RM120,900); dan V Turbo (RM137,900); serta yang paling tinggi RS e:HEV dengan enjin 1.5L dan sistem hibrid (RM143,900).
Semua angka yang dinyatakan adalah harga atas jalan belum termasuk insurans. Jadi ini bermakna varian S dan E terbaru ini dijual dengan harga yang sama seperti sebelumnya, manakala harga bagi varian V dan RS pula naik sebanyak RM2k. Semua varian menerima jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan, serta diberikan lima kali servis percuma kos buruh (100,000 km atau lima tahun). Bagi bateri hibrid varian RS e:HEV, ia menerima jaminan selama lapan-tahun tanpa had perbatuan.
Jadi apa yang baru dengan Honda HR-V 2025 ini sebenarnya? Pertanyaan ini yang kami jawabkan dalam video ringkas ini. Selamat menonton. Untuk perincian lanjut berkaitan pelancaran Honda HR-V 2025, baca di sini.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.