PACE 2025: BMW 218 Gran Coupe, MINI Aceman, BMW Motorrad F900 XR, R1300GS, GSA dipamer di SCCC

PACE 2025: BMW 218 Gran Coupe, MINI Aceman, BMW Motorrad F900 XR, R1300GS, GSA dipamer di SCCC

Acara paultan.org Premium Auto Car Expo (PACE) 2025 kembali lagi tahun ini dan sedang berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC) hujung minggu ini, 19 dan 20 Julai dari jam 9 pagi hingga 7 malam. Ini merupakan destinasi terbaik untuk anda mendapatkan tawaran hebat bagi kereta premium, sama ada baru atau terpakai.

Jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad hadir melalui wakil rasmi mereka, Auto Bavaria, dengan barisan model yang meluas. Antara model baru yang dipamerkan adalah BMW 218i Gran Coupé generasi F74 dalam versi Sport, yang dilancarkan secara rasmi di Malaysia bulan lalu dan kini ditampilkan di PACE 2025.

Turut dipertontonkan ialah BMW X1 sDrive20i xLine, sebuah SUV kompak premium yang menggabungkan gaya, teknologi dan praktikaliti. Jika anda mencari sesuatu yang lebih besar, BMW X3 juga berada di sana, bersama dua model sedan utama jenama itu — BMW 320i Sport dan BMW 530i M Sport.

PACE 2025: BMW 218 Gran Coupe, MINI Aceman, BMW Motorrad F900 XR, R1300GS, GSA dipamer di SCCC

Jenama MINI di bawah kumpulan BMW juga tidak ketinggalan. Di PACE 2025, MINI membawakan tiga model menarik iaitu MINI Countryman S, Aceman SE dan Cooper S 5-Door. Countryman S dan Cooper S 5-Door merupakan model dengan enjin petrol 2.0 liter turbo empat silinder B48 yang menghasilkan 204 PS dan 300 Nm tork.

Satu-satunya model elektrik penuh dalam barisan MINI ialah Aceman SE, yang menggunakan motor elektrik pacuan hadapan dengan kuasa 218 PS dan tork 330 Nm. Ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.1 saat dan mencapai kelajuan maksimum 170 km/j. Aceman SE dikuasakan oleh bateri NCM 54.2 kWj, menawarkan jarak gerak sehingga 406 km mengikut standard WLTP.

Segmen dua roda pula diwakili oleh BMW Motorrad, yang mempamerkan tiga model motosikal premium. Antaranya ialah BMW F900 XR, motosikal pertengahan saiz yang sesuai untuk pelbagai kegunaan dengan enjin 895 cc dua silinder selari, menghasilkan 105 hp dan 92 Nm tork, serta pacuan rantai.

PACE 2025: BMW 218 Gran Coupe, MINI Aceman, BMW Motorrad F900 XR, R1300GS, GSA dipamer di SCCC

Dua lagi model ikonik yang turut dipamerkan ialah BMW R1300 GS dan R1300 GS Adventure. Model R1300 GS hadir dengan rekaan baru yang menggunakan rangka logam mampat bagi menggantikan casis tubular lama, memberikan pengurangan berat serta menawarkan lebih banyak teknologi termasuk sistem bantuan tunggangan canggih.

Bagi mereka yang mencari motosikal kembara lebih ekstrem, R1300 GS Adventure menawarkan perlindungan angin yang lebih baik, tangki bahan api lebih besar berkapasiti 31 liter serta boleh dilengkapkan dengan sistem Automated Shift Assistant (ASA) yang hadir sebagai standard untuk varian Triple Black, Style GS Trophy dan Option 719 Karkorum di Malaysia.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, PACE 2025 turut menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif. 200 tempahan kenderaan pertama akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada rakan penaja seperti Solar Gard, Dodomat, The Carage, Kuzig Glanz, Gintell dan DK Schweizer. Perkara sama turut ditawarkan kepada 40 tempahan motosikal baru pertama.

PACE 2025: BMW 218 Gran Coupe, MINI Aceman, BMW Motorrad F900 XR, R1300GS, GSA dipamer di SCCC

Lebih menarik, setiap tempahan kereta baru yang disahkan akan melayakkan anda menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah lumayan termasuk 10 unit telefon pintar bernilai RM3,500 setiap satu serta hadiah utama berupa pakej percutian untuk dua orang bernilai RM25,000.

Tawaran hebat dan pengalaman automotif premium menanti anda di PACE 2025 — kunjungi Setia City Convention Centre hari ini atau esok, dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required