PACE 2025: Hyundai Santa Fe, Tucson dan Staria dipamer, baucar RM3,000 menanti tempahan terawal

PACE 2025: Hyundai Santa Fe, Tucson dan Staria dipamer, baucar RM3,000 menanti tempahan terawal

Hyundai baru saja diperkenalkan semula untuk pasaran Malaysia awal Julai lalu, dengan menampilkan tiga model terkini syarikat itu. Hujung minggu ini di Premium Auto Car Expo (PACE) 2025 anjuran paultan.org di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), anda berpeluang mendekati kesemuanya sendiri.

Model pertama, Santa Fe generasi kelima menjadi tarikan utama. Ditawarkan dalam dua pilihan enjin, 1.6 liter turbo petrol hibrid yang menjana sebanyak 235 PS/367 Nm, atau 2.5 liter turbo petrol dengan janaan 281 PS/422 Nm dalam tiga varian — HEV Prime, HEV Prestige dan 2.5 T-GDi HTRAC Calligraphy.

PACE 2025: Hyundai Santa Fe, Tucson dan Staria dipamer, baucar RM3,000 menanti tempahan terawal

Di dalam, anta kelengkapan yang ada ialah paparan melengkung panoramik, dua pengecas tanpa wayar, kerusi Premium Relaxation, 12-pembesar suara Bose Premium dan talam pensterilan UV-C. Tidak ketinggalan ciri Hyundai SmartSense, yang antaranya terdiri daripada fungsi Forward Collision-Avoidance Assist, Smart Cruise Control, Lane Following Assist, Remote Smart Parking Assist, 10-beg udara dan ISOFIX di barisan ketiga.

Model kedua ialah Tucson facelift yang kini tampil lebih ranggi dengan rekaan gril bersegi, DRL Parametric Jewel dan bampar depan dan belakang baru. Di dalam, papan pemukanya diberi rekaan baru yang lebih luas dan banyak ruang storan. SUV ini ditawarkan dengan pilihan enjin 1.6 liter T-GDi petrol dengan janaan 180 PS atau 1.6 liter T-GDi Hybrid, berserta Hyundai SmartSense.

PACE 2025: Hyundai Santa Fe, Tucson dan Staria dipamer, baucar RM3,000 menanti tempahan terawal

Dan, model ketiga, Hyundai Staria, sebuah MPV yang menampilkan ruang yang sangat luas. Dikuasakan oleh enjin 2.2L CRDi 177 PS diesel, ia boleh dipilih dalam konfigurasi 10 atau tujuh-tempat duduk, kerusi barisan tengah Premium Relaxation untuk versi tujuh-tempat duduk, dua sunroof, 12-pembesar suara Bose Premium dan Hyundai SmartSense.

Semua model ini didatangkan dengan jaminan lapan-tahun/160,000 km dan lapan kali servis percuma untuk 100 pelanggan terawal. Dan, jika anda antara 200 orang terawal yang membuat tempahan kenderaan di PACE 2025, anda akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada rakan penyokong acara untuk membolehkan penyertaan dalam cabutan bertuah dengan tawaran hadiah lumayan — 10 telefon pintar bernilai RM3,500 setiap satu, serta hadiah utama pakej percutian untuk dua orang bernilai RM25,000.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required