Proton Saga MC3 2025 — dua unit dilihat di lebuhraya

Proton Saga MC3 2025 — dua unit dilihat di lebuhraya

Lagi sekali penampilan Proton Saga MC3 dilihat, kali ini oleh seorang pembaca, J Phuah, yang merakam sepasang sedan berkenaan yang masih dalam pelekat samaran. Ia sama seperti kemunculan-kemunculan model berkenaan di tempat awam sebelum ini, dan tiada perkara baru yang dapat dilihat melainkan perubahan sama seperti yang pernah dilaporkan — antaranya melibatkan rekaan busur panah dan gril baru.

Ini apa yang diketahui setakat ini — sedan mampu milik ini dijangka akan dilengkapi ciri ADAS (mungkin yang paling asas) buat pertama kali, mungkin juga akan ada lampu LED untuk menandingi Bezza. Dan, kemungkinan akan ada enjin baru — versi BHE15PFI tanpa turbo dan port-injection bagi enjin empat-silinder X50 terbaru.

Proton Saga MC3 2025 — dua unit dilihat di lebuhraya

Sudah lama Saga tidak didatangkan dengan enjin 1.5 liter, dan sekiranya ini menjadi kenyataan, ia adalah satu penawaran yang penting dan menarik. Janaan output enjin berkenaan berada sekitar 99-110 PS dan 125-135 Nm tork, dan akan mengatasi Bezza yang hadir dengan janaan 67-94 hp dan 91-121 Nm (dari enjin 1.0 liter dan 1.3 liter).

Boleh dijangkakan Saga MC3 ini akan diberikan kemaskini rekaan luar yang ketara — bampar depan dan belakang baru, bahagian lampu utama dan lampu belakang, gril dan penutup ruang but, serta di bahagian dalam (papan pemuka baru, corong udara bentuk bujur, suis pendingin rekaan baru serta stereng dari X50). Selebihnya akan didedahkan menjelang pelancarannya pada suku keempat tahun ini nanti.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required