Zeekr 7X ditunjuk di PACE 2025 — AWD Performance dengan rim 20-inci dan suspensi udara adaptif

Zeekr 7X ditunjuk di PACE 2025 — AWD Performance dengan rim 20-inci dan suspensi udara adaptif

Zeekr 7X sekali lagi membuat penampilannya di pameran Premium Auto Car Expo (PACE) 2025. Acara ini dianjurkan oleh paultan.org dengan penaja bersama Carro dan RHB Bank, dan berlangsung bermula hari ini dan esok di Pusat Persidangan Setia City (SCCC).

Model ini belum dilancarkan secara rasmi, tetapi telah dibuka untuk tempahan di Malaysia dengan harga pengenalan — RM182k untuk varian RWD Standard Range; RM195k untuk RWD Long Range; dan RM230k untuk AWS Performance.

Walaupun ini bukan kali pertama Zeekr 7X dipertontonkan — ia pernah tampil di Malaysia Autoshow 2025 dengan rim 21-inci dan tayar 265/40 — unit AWD Performance yang ditunjuk di PACE 2025 ini mengggunakan rim 20-inci dengan tayar Michelin Pilot Sport EV bersaiz 265/45.

Zeekr 7X ditunjuk di PACE 2025 — AWD Performance dengan rim 20-inci dan suspensi udara adaptif

Risalah spesifikasi di ruang pameran pula menunjukkan yang crossover EV ini akan didatangkan dengan rim 19-inci dan 20-inci. Mungkin, rim 19-inci akan diberikan kepada varian RWD Standard Range, atau RWD Long Range juga.

Dengan ukuran dimensi 4,825 mm panjang, 1,930 mm lebar, 1,666 mm tinggi dan jarak roda 2,925 mm, EV dengan binaan 800-volt ini akan bersaing dengan Tesla Model Y dan BYD Sealion 7 — dimensinya lebih besar daripada model Tesla tersebut, tetapi sedikit lebih kecil berbanding model BYD.

Varian paling lengkap ini hadir dengan dua motor untuk memberikan pacuan semua roda. Dengan output keseluruhan 646 PS/710 Nm (421 PS/440 Nm output untuk versi motor elektrik tunggal), kereta ini boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.8 saat. Bateri 100 kWh NMC yang digunakan memberi jarak sejauh 540 km WLTP — yang berada di antara varian RWD Standard Range (dengan jarak 480 km, bateri LFP 75 kWh) dan RWD Long Range (dengan jarak 600 km, bateri 100 kWh NMC).

Zeekr 7X ditunjuk di PACE 2025 — AWD Performance dengan rim 20-inci dan suspensi udara adaptif

Zeekr Malaysia belum mendedahkan sebarang maklumat berkaitan tempoh pengecasannya, tetapi unit di Thailand boleh dicas 10%-80% dalam masa 10.5 minit untuk bateri lebih kecil dan 15 minit untuk bateri lebih besar. AWD Performance juga menjadi satu-satunya varian dengan suspensi udara adaptif dan pelarasan ketinggian casis.

Di luar, pemegang pintunya tidak kelihatan, dengan lampu pintar Zeekr Stargate menghiasi wajah depannya — jalur lampu sepanjang 90-inci ini mempunyai 1,711 biji lampu LED berkuasa tinggi, dengan kadar refresh sepantas 30-bingkai per saat, dan sehingga 10,000 kadar kecerahan. Ia boleh dikustom untuk memaparkan pelbagai grafik dan juga teks (unit di PACE 2025 ini bagaimanapun belum diberikan kemaskini OTA untuk fungsi berkenaan).

Di dalam, tersedia panel instrumen 13.02-inci, skrin infotainmen 3.5K mini-LED 16-inci, head-up display dengan augmented reality bersaiz 36-inci, pengecas tanpa wayar 50-watt, larasan elektrik untuk kerusi belakang sehingga 10-darjah dan ada ruang storan di bawahnya, kerusi depan dengan ciri urutan, pendingin tiga-zon, 21-pembesar suara termasuk di bahagian perehat kepala serta pelindung matahari bumbung larasan kuasa elektrik.

Tujuh beg udara adalah standard, namun spesifikasi bagi model sebenar untuk pasaran Malaysia yang akan dilancarkan nanti mungkin akan ada perbezaan, terutama ciri yang mana yang akan diberikan untuk setiap varian.

Tempah Zeekr 7X melalui Carro Retail di PACE 2025 dan anda akan menerima pengecas wallbox 22 kE percuma dan filem penapis haba percuma ketika pendaftaran kenderaan, berserta hadiah lain daripada rakan PACE 2025 yang lain.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required