Susur keluar Hillview arah Taman Melawati/Ulu Klang (Exit 3308A) di DUKE ditutup sementara, 24-25 Julai

Susur keluar Hillview arah Taman Melawati/Ulu Klang (Exit 3308A) di DUKE ditutup sementara, 24-25 Julai

Konsortium Lebuhraya Utara Timur (KL) Sdn. Bhd. (KESTURI) pemegang konsesi bagi Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE) mengumumkan bahawa penutupan penuh akan dilaksanakan di susur keluar Hillview ke arah Taman Melawati/Ulu Kelang (exit 3308A) mulai jam 11 malam ini (24 Julai) sehingga 5 pagi esok, 25 Julai. Penutupan laluan ini adalah bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja–kerja penurapan jalan di Lingkaran Tengah II (MRR2).

Juga dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh kerja–kerja dilakukan, lencongan laluan alternatif ke arah Taman Melawati/Ulu Kelang menerusi pusingan–U di hadapan Plaza Flamingo Ampang akan diaktifkan bagi mengekalkan aliran trafik dan meminimumkan gangguan kepada pengguna lebuh raya.

Walau bagaimana pun, pengguna lebuhraya terbabit digalakkan untuk merancang perjalanan mereka bagi mengelakkan kelewatan dalam perjalanan. Pengguna juga diingatkan supaya mematuhi arahan papan tanda di lokasi dan arahan yang dikeluarkan oleh petugas trafik semasa melalui kawasan kerja–kerja tersebut.

Susur keluar Hillview arah Taman Melawati/Ulu Klang (Exit 3308A) di DUKE ditutup sementara, 24-25 Julai

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required