257 kes kemalangan termasuk 22 maut di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli antara Jan-Jun 2025

257 kes kemalangan termasuk 22 maut di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli antara Jan-Jun 2025

Antara Januari hingga Jun tahun ini, sejumlah 257 kes kemalangan yang membabitkan 442 kenderaan pelbagai jenis direkodkan berlaku di jajaran Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, kata Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, lapan kes ialah kemalangan maut dengan mencatatkan 22 kematian termasuk 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban pada 9 Jun lepas.

“Dalam kemalangan maut ada kalanya terdapat lebih seorang mangsa yang terlibat. Sebagai contoh, satu kes kemalangan maut berlaku membabitkan sebuah bas pada 9 Jun dengan 15 kematian dilaporkan,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Tambah beliau, kemalangan terbabit membabitkan 287 buah kereta, kenderaan pelbagai guna (MPV) atau van (55), motosikal (42), trak pikap (38), lori (17) dan bas (3).

257 kes kemalangan termasuk 22 maut di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli antara Jan-Jun 2025

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, sebelum ini berkata, laluan JRTB berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Tambahnya, laluan itu dikategorikan sebagai permukaan berbukit, dan jajarannya direka untuk mengikut bentuk permukaan Banjaran Titiwangsa. Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan orang ramai menyatakan bahawa laluan itu berada dalam kondisi yang kurang memuaskan dan menjadi antara faktor banyak kemalangan berlaku.

JRTB merupakan sebahagian daripada Laluan 4 Persekutuan (FT4), yang menghubungan Gerik, Perak dan Jeli, Kelantan. Berdasarkan maklumbalas trafik tahun lalu, laluan dengan dua lorong itu kekal berada dalam keadaan servis yang baik, dan keadaan semasanya mampu menampung kadar trafik semasa, ujar beliau.

Dibuka kepada umum pada 1982, JRTB mempunyai jumlah purata trafik harian sebanyak 1,409 kenderaan, termasuk 751 kenderaan berat yang menyumbang sebanyak 31.2% daripada jumlah tersebut.

Kementerian Kerja Raya telah membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan penyelenggaraan JRTB boleh dilakukan secara berperingkat, jelas Alexander. Peruntukan khas juga telah disediakan di bawah belanjawan negara untuk kerja-kerja naik taraf JRTB, dengan keutamaan diberikan antaranya terhadap lampu jalan, permukaan jalan serta peningkatan sistem keselamatan terutama di kawasan berisiko tinggi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required