Proton X50 facelift – 999 unit sudah diserah kepada pelanggan dalam masa 5 hari, tempahan kini 8,000 unit

Proton X50 facelift – 999 unit sudah diserah kepada pelanggan dalam masa 5 hari, tempahan kini 8,000 unit

Proton hari ini mengumumkan bahawa 999 unit X50 facelift 2025 telah diserahkan kepada pelanggan yang menempah hanya lima hari berkerja selepas SUV segmen-B berkenaan dilancarkan pada 24 Julai lalu. Syarikat itu juga menyatakan bahawa sebanyak 2,000 unit X50 facelift ini telahpun disiapkan di kilangnya di Tanjong Malim sehingga akhir Julai bagi memastikan pelanggan yang menempahnya tidak menunggu lama untuk mendapatkan kereta baharu masing-masing.

Menurut Proton lagi, sebanyak 5,000 unit Proton X50 ini telah ditempah hanya 10-hari selepas tempahannya dibuka, dan sehingga kini angka tersebut telah pun mencapai 8,000 unit.

“Pada masa yang sama, kami turut menyiapkan stok lebih awal bagi memenuhi permintaan sebaik sahaja pelancaran dibuat. Hasilnya, kami berjaya menyerahkan 999 unit kepada pelanggan dalam tempoh lima hari bekerja. Sehingga akhir Julai, sebanyak 2,000 unit telah dikeluarkan dari barisan pengeluaran di Tanjong Malim dan kami akan terus mengekalkan kadar pengeluaran yang tinggi,” kata Timbalan CEO Proton Edar, Zhang Qiang.

Proton X50 facelift – 999 unit sudah diserah kepada pelanggan dalam masa 5 hari, tempahan kini 8,000 unit

Proton X50 facelift 2025 ini ditawarkan dalam tiga varian, dijual pada harga atas jalan bermula RM89,800 untuk varian 1.5TD Executive, diikuti RM101,800 untuk varian 1.5TD Premium, manakala varian tertinggi 1.5TD Flagship berharga RM113,300

Ketika pelancarannya Proton turut menawarkan harga pengenalan dengan rebat tunai sebanyak RM4,000 untuk 10,000 unit terawal, menjadikan harga jualan hanya RM85,800 untuk Executive, RM97,800 untuk Premium dan RM109,300 untuk Flagship sebelum 31 Oktober 2025.

Selain menerima rombakan besar dari segi rupa pada bahagian luaran dan dalaman, X50 facelift ini juga menerima unit rangkaian kuasa baharu yang menampilkan enjin i-GT 1.5TD empat-silinder berkuasa 181 PS/290 Nm bagi menggantikan enjin 1.5 liter tiga selinder turbo sebelum ini. Enjin baru ini membolehkan pecutan 0-100 km/j dibuat dalam masa 7.6 saat, iaitu 0.3 saat lebih pantas berbanding sebelumnya. Menurut Proton, kadar penggunaan bahan apinya juga 4.7% lebih jimat.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required