Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), lebih RM20 bilion telah diperuntukkan untuk 103 projek tebatan banjir (RTB) di seluruh negara, termasuk untuk menaiktaraf sistem amaran awal banjir berasaskan AI.
Lokasi projek-projek berkenaan adalah termasuk di Sungai Langat dan Sungai Buloh di Selangor, Sungai Golok di Kelantan, Sungai Gemencheh di N. Sembilan, Sungai Baru di Melaka, serta beberapa lagi di Johor, Pahang dan Sarawak.
Rang undang-undang Perubahan Iklim Kebangsaan juga akan diwartakan serta Rancangan Adaptasi Kebangsaan juga akan diperkenalkan bagi memperkukuh ketersediaan Malaysia bagi menghadapi kesan perubahan iklim, sementara rancangan pengurusan risiko bencana akan dimasukkan ke dalam struktur negeri dan pelan tempatan bagi mengatasi masalah dalam peringkat perancangan bandar.
Menteri Kerja Raya juga mendedahkan bahawa bencana banjir telah menyebabkan kerugian berjumlah RM94.17 juta terhadap infrastruktur (terutamanya jalan raya) pada tahun lalu. Jumlah itu belum lagi termasuk kesan kerosakan ke atas kehidupan warga.
Kerajaan menyatakan, menjelang tahun 2030, RTB dijangka akan diperluas sekitar 1,400 kilometer persegi daripada kesan banjir dan melindungi sejuta orang daripada bencana banjir tahunan.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.