RMK13: Pengangkutan awam urban terima 300 unit van DRT, 1,200 unit bas perantara; serta 217 set tren

RMK13: Pengangkutan awam urban terima 300 unit van DRT, 1,200 unit bas perantara; serta 217 set tren

Dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) di Parlimen semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan yang sejumlah RM611 diperlukan bagi menjayakan RMK13, bagi tempoh lima tahun ke depan, hingga 2030.

Daripada jumlah itu, RM430 bilion merupakan peruntukan daripada kerajaan untuk pembangunan, manakala RM120 bilion lagi akan disumbangkan oleh GLC dan GLIC, dengan baki RM61 bilion adalah daripada sektor swasta melalui kerjasama swasta-awam. Daripada jumlah RM430 bilion itu, lebih separuh (RM227 bilion) akan disalurkan kepada sektor ekonomi untuk merancakkan pertumbuhan.

Beliau juga menyentuh tentang pengangkutan awam, dengan mengumumkan penyediaan kelengkapan untuk pengangkutan awam urban. Beliau memaklumkan tambahan 300 unit van DRT (Demand Responsive Transit, kii dikenali sebagai Rapid KL On-Demand) dan 1,200 unit bas bagi memperbaiki sambungan perantara di lokasi.

RMK13: Pengangkutan awam urban terima 300 unit van DRT, 1,200 unit bas perantara; serta 217 set tren

Januari lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa van DRT mendapat sambungan, dan Prasarana akan memperkenalkan 300 lagi van untuk tujuan tersebut. Untuk bas pula, awal bulan lalu, ada sejumlah 310 bas diesel baru menyertai barisan bas sedia ada Rapid. Januari lalu, Prasarana memaklumkan juga yang pihaknya telah menempah 250 unit bas elektrik. Di luar kawasan bandar besar, kerajaa persekutuan akan memperluaskan perkhidmatan bas henti-henti BAS.MY.

Anwar juga menyebut yang kekerapan perkhidmatan tren akan dipertingkat dengan tambahan 217 set tren penumpang. Tiada perincian disertakan sekali, namun projek landasan yang sedang berlangsung ketika ini termasuklah LRT3 (Jajaran Shah Alam, dijadualkan beroperasi pada 30 September nanti), East Coast Rail Link (ECRL, beroperasi Januari 2027) dan MRT3 yang baru diluluskan yang akan melengkapkan peta landasan tren di Lembah Klang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required