112 poin pengecas EV kini di Lebuhraya PLUS, LPT2 – sasar buka Hab EV Lebuhraya pertama menjelang 2027

112 poin pengecas EV kini di Lebuhraya PLUS,  LPT2 – sasar buka Hab EV Lebuhraya pertama menjelang 2027

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menyediakan sebanyak 112 poin pengecas EV yang kini beroperasi di sepanjang lebuhraya kendaliannya, termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) setakat 30 Jun tahun ini. Di mana jumlah tersebut telah melebihi sasaran awal PLUS iaitu 100 poin pengecas EV menjelang akhir 2025.

Daripada jumlah itu, PLUS berkata, 61 poin pengecas kini ditempatkan secara strategik di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), dan hentian sebelah, serta 51 poin pengecas lagi terletak di dalam kawasan stesen minyak terpilih di sepanjang lebuhraya kendaliannya bagi memastikan akses lebih mudah kepada pengguna EV.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, “Inisiatif ini sejajar dengan Pelan Hala Tuju Hijau PLUS 2.0 serta menyumbang kepada pencapaian 1,000 poin pengecas pantas menjelang 2025 di bawah Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (2021-2030).

112 poin pengecas EV kini di Lebuhraya PLUS,  LPT2 – sasar buka Hab EV Lebuhraya pertama menjelang 2027

Klik untuk besarkan

“Bagi menggalakkan lagi penggunaan pengangkutan rendah karbon, kemudahan pengecasan EV di sepanjang lebuhraya PLUS turut dilengkapi dengan bumbung panel solar dan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS). Sebahagian poin pengecas EV di sepanjang Lebuhraya PLUS turut dilengkapi dengan sistem bumbung solar serta sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) bagi menyokong agenda kelestarian.”

Tambah Nik Airina, PLUS mensasarkan pembukaan Hab EV Lebuhraya pertama di Malaysia di R&R Seremban (Arah Selatan) oleh Terra ChargEV, yang merupakan satu usaha sama antara anak syarikat PLUS iaitu Terra PLUS Sdn Bhd bersama Green EV Charge yang dijangka akan siap sepenuhnya pada suku pertama 2027.

Selain daripada mengoperasikan sejumlah 350 lokasi pengecasan EV menjelang tahun 2028, PLUS akan memulakan projek perintis berjenama “Charge and Chill” di beberapa plaza tol terpilih tahun ini, yang bertujuan menggabungkan infrastruktur pengecasan EV dengan kemudahan Makanan & Minuman (F&B) bagi meningkatkan pengalaman rehat pengguna EV.

Menurut Ketua Pegawai Komersial PLUS, Mohd Fauzi Puniran pula, ”Kesemua poin pengecas EV yang dipasang di rangkaian Lebuhraya PLUS dan LPT2 ialah poin pengecas pantas arus terus (DCFC) khusus bagi menyokong perjalanan jarak jauh dengan masa pengecasan yang lebih pantas.

“Kuasa output adalah di antara 47 kW hingga 200 kW, membolehkan kenderaan mencapai 80% tahap pengecasan dalam masa antara 15 hingga 30 minit, bergantung kepada spesifikasi kenderaan dan tahap bateri yang sedia ada. Semua poin pengecas EV menggunakan penyambung CCS2 universal, serasi dengan kebanyakan jenama EV utama di pasaran.”

Lokasi poin pengecas EV juga boleh dicapai melalui aplikasi mudah alih PLUS serta aplikasi oleh pengendali poin pengecas seperti JomCharge, Gentari Go dan ChargEV App, yang membolehkan pengguna EV menyemak lokasi, ketersediaan masa nyata, membuat pembayaran serta pemantauan sesi pengecasan dengan lebih mudah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required