Kilang EV Proton di Tanjong Malim mula pengeluaran September 2025 — eMas 7 pertama, diikuti eMas 5

Kilang EV Proton di Tanjong Malim mula pengeluaran September 2025 — eMas 7 pertama, diikuti eMas 5

Kilang pemasangan EV Proton di Tanjong Malim kini berada dalam fasa akhir persiapannya untuk memulakan pemasangan dan pengeluaran pada September nanti. Proton memaklumkan, bangunan itu kini sudah 90.4% selesai, sementara pemasangan kelengkapan pula berada pada kadar 83.5% — semua ini menyumbang kepada berkembangan keseluruhan 86.9% ketika ini — semuanya dicapai dalam tempoh hanya enam bulan sejak majlis pecah tanah pada Februari lalu.

Seperti sedia maklum, kilang berkenaan akan mengeluarkan beberapa model yang menggunakan asas platform Global Modular Architecture (GMA), dengan eMas 7 akan menjadi model pertama yang dikeluarkan dari kilang ini dijangka pertengahan September. Selepas itu, giliran eMas 5, yang belum diumumkan pelancarannya, tetapi telah membuat beberapa penampilan umum sejak April lalu.

Menurut Proton, kilang EV di Tanjong Malim ini direka dengan ketersediaan dan keanjalan skala, yang membolehkannya mengadaptasi keperluan jumlah pengeluaran model dan produksi pada masa akan datang. Sebaagi permulaan, kilang ini mempunyai kapasiti pengeluaran 20,000 unit setahun, dengan kemampuan untuk ditingkatkan sehingga kepada 45,000 setahun, bergantung kepada permintaan pasaran tempatan dan asing.

Kilang EV Proton di Tanjong Malim mula pengeluaran September 2025 — eMas 7 pertama, diikuti eMas 5

Berbeza daripada pengeluaran kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman, kemudahan baru ini menampilkan kawasan khusus untuk pemasangan bateri, ujian keselamatan serta elektrikal voltan tinggi, dengan tataletak khusus untuk unit pacuan elektrik serta badan bawah badan EV yang rata.

“Untuk kawasan penting, setiap baris boleh ditambah beberapa stesen, dengan barisan pengujiannya modular dan boleh memenuhi variasi platform yang berbeza, atau pengeluaran pelbagai model. Di kawasan logistik, kilang ini berupaya untuk diperluaskan pada masa depan, dengan aliran logistik dan sistem storan yang dioptimumkan untuk menyokong kedua-dua keperluan pasaran tempatan dan juga asing,” jelas Proton dalam satu kenyataan.

“Kemudahan seperti sistem penggunaan, laluan kendalian material dan alat penjejak digital seperti sistem pelaksanaan pengilangan (MES) dan sistem pengurusan gudang (WMS) sudah siap dipasang untuk menyokong peningkatan skala akan datang tanpa perlu rekaan semula yang banyak,” tambah kenyataan itu, dan memaklumkan ujian percubaan mesin (MTO) telah pun selesai bagi memastikan kesediaan kelengkapan sebelum kalibrasi, pengesahan dan produksi skala penuh.

Kilang EV Proton di Tanjong Malim mula pengeluaran September 2025 — eMas 7 pertama, diikuti eMas 5

Proton juga memaklumkan yang pihaknya sedang memberi tumpuan terhadap pengambilan pekerja operasi kritikal dan teknikal untuk kilang berkenaan. Sehingga kini, ia telah menambah 30 pekerja bukan-eksekutif dengan kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan diploma, dengan matlamat untuk melatih mereka sebelum pengeluaran skala penuh bermula.

Ini akan membawa kepada 200 peranan baru dalam perindustrian dan servis teknikal EV. Syarikat itu juga bekerjasama dengan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) bagi input pembelajaran dan latihan amali untuk membangunkan calon bakat dan pekerja mahir.

Membantu Proton berkaitan pengeluaran EV ini tentulah Geely, yang menyediakan panduan teknikal terhadap sistem pengeluaran, dan dibantuk oleh sepilihan kelengkapan dan pakar yang dikerahkan bagi membantu pemasangan dan ujian percubaan yang terlibat. Pengeluar China itu juga membantu latihan seberang lain bagi staf dan juga memastikan kilang ini mematuhi piawaian pengilangan EV global.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required