Polis beri 50% diskaun saman di Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Daerah Selangor, 20-21 Ogos

Polis beri 50% diskaun saman di Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Daerah Selangor, 20-21 Ogos

Sempena Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Kontinjen Selangor 2025, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman bagi kesalahan trafik terpilih pada 20 hingga 21 Ogos ini. Penawaran diskaun saman tersebut diberikan di semua kaunter saman Trafik (Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) di Selangor dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada dua hari berkenaan.

Walau bagaimana pun, dimaklumkan bahawa terdapat tujuh BSPTD yang membuka kaunter bayaran saman trafik yang hanya menerima bayaran secara tunai iaitu di BSPTD Klang Utara, BSPTD KLIA, ⁠BSPTD Subang Jaya, BSPTD Hulu Selangor, ⁠BSPTD Sabak Bernam, ⁠BSPTD Serdang dan ⁠BSPTD Sungai Buloh. Manakala lain-lain lokasi boleh membuat bayaran secara tunai dan tanpa tunai (debit/kredit).

Anda juga dinasihatkan agar membuat semakan awal melalui portal https://mybayar.rmp.gov.my dan aplikasi MyBayar PDRM bagi melancarkan proses pembayaran saman nanti.

Seperti amalan sebelum ini, pemberian diskaun tersebut tidak ditawarkan untuk kesalahan seperti saman lampu isyarat merah, saman menggunakan lorong kecemasan, saman memotong secara berbahaya, saman memotong di garisan kembar, saman kemalangan, saman tidak boleh kompaun (NC), saman bicara mahkamah, saman melibatkan kenderaan berat, saman ubahsuai ekzos dan saman berstatus Op Selamat tahun semasa.

Jadi, jika anda berada di Selangor atau lokasi berhampiran, jangan lupa ambil peluang ini untuk mendapatkan kadar diskaun bagi saman trafik terpilih. Sila lunaskan tunggakan saman yang ada bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau disekat untuk pembaharuan cukai jalan atau lesen memandu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required