QJMotor SRK250R tiba di Malaysia – 249 cc, RM10k

QJMotor SRK250R tiba di Malaysia – 249 cc, RM10k

Baru sahaja melancarkan dua model cruiser baru-baru ini SRV600V dan SRV 250 AMT), sekarang tiba satu lagi model dari QJMotor, iaitu SRK250R, yang dilancarkan untuk jualan pada harga RM9,988 tidak termasuk insurans bagi 1,000 pembeli pertama. Pilihan warna ada tiga dan jaminan diberi adalah selama dua tahun tanpa had batuan.

Membawa karekter sebuah motosikal sports, SRK250R dipacu oleh enjin satu silinder penyejukan cecair DOHC 249 cc bersama transmisi enam kelajuan, mampu menghasilkan kuasa 27.5 hp pada 9,500 rpm dan tork 22.5 Nm pada 7,250 rpm.

Memastikan prestasinya tidak menghampakan, rim 17 inci SRK250R dipegang oleh fork USD di hadapan dan monoshock di belakang, manakala sistem brek pula terdiri daripada cakera tunggal 300 mm di hadapan, 240 mm di belakang, bersama sistem ABS dual-channel secara standard.

Paparan meter SRK250R menggunakan unit digital berwarna dan penunggang turut disediakan dengan kemudahan lain termasuk dua soket pengecas USB, lampu kecemasan serta tangki bahan api 12.5 liter.

Barangan lain yang disediakan adalah seperti lampu hadapan dan belakang jenis LED, lengan ayun aluminium serta tempat duduk jenis bertingkat. Berat keseluruhan SRK250R adalah 162 kg.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required