Jualan kenderaan Julai 2025 di Malaysia naik 28%

Jualan kenderaan Julai 2025 di Malaysia naik 28%

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengeluarkan data rasmi jualan kenderaan bagi bulan Julai 2025, yang mencatatkan jumlah keseluruhan 70,057 unit dihantar kepada pelanggan. Angka ini menunjukkan peningkatan yang ketara sebanyak 28% atau 15,194 unit berbanding bulan sebelumnya, iaitu 54,863 unit pada Jun 2025.

MAA menjelaskan bahawa peningkatan ini disebabkan oleh bilangan hari bekerja yang lebih banyak pada Julai, iaitu 23 hari, berbanding hanya 19 hari pada Jun yang terjejas oleh cuti panjang sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Namun, jika dibandingkan secara tahunan (Year-on-Year), jumlah jualan pada Julai 2025 adalah 5% lebih rendah (3,444 unit), berbanding 73,501 unit yang dicatatkan pada bulan sama tahun lalu.

Jualan kenderaan Julai 2025 di Malaysia naik 28%

Bagi jumlah terkumpul jualan sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini (Year-to-Date), sebanyak 443,777 unit telah terjual, yang juga menunjukkan penurunan sebanyak 5% atau 21,175 unit berbanding tempoh sama pada tahun 2024. Setakat ini, jumlah keseluruhan industri (Total Industry Volume – TIV) telah mencapai sekitar 57% daripada sasaran jualan tahunan MAA, iaitu 780,000 unit.

MAA turut menjangkakan momentum jualan yang kukuh pada Julai akan berterusan ke bulan Ogos, dipacu oleh promosi besar-besaran sempena sambutan Hari Kebangsaan, pelancaran model-model baru serta peningkatan ketersediaan stok, hasil daripada pengeluaran tinggi pada bulan lalu.

Dalam aspek pengeluaran, Julai 2025 mencatatkan 71,439 unit kenderaan dihasilkan, meningkat 1% atau 597 unit berbanding Julai 2024. Namun begitu, jumlah pengeluaran terkumpul setakat ini adalah 424,065 unit, menurun 8% atau 39,041 unit jika dibandingkan dengan tempoh sama tahun lalu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required