Sime Motors Power Up pengecas kecemasan untuk BYD Atto 2; Allianz sediakan EV Ranger, RoboRanger

Sime Motors Power Up pengecas kecemasan untuk BYD Atto 2; Allianz sediakan EV Ranger, RoboRanger

Dengan meningkatnya permintaan dan penggunaan kenderaan EV, keperluan sokongannya juga perlu selari ditambah, termasuklah dalam bentuk kenderaan penyelamat dan pengecas semula mudah alih.

Bagi pembeli BYD Atto 2 yang baru saja dilancarkan bulan lalu, Sime Motors menjalin kerjasama dengan Power Up Malaysia untuk menyediakan sokongan kenderaan pengecasan bagi pemilik model terbabit.

Ini adalah sebahagian daripada program langganan 12-bulan Sime Platinum 4+ oleh Power Up, yang menawarkan kenderaan pengecasan mudah alih sehingga empat kali sebulan, servis mencuci, vakum dan mengilat tayar kenderaan sehingga dua kali sebulan serta servis penyelamat EV percuma sehingga dua kali setahun di kawasan terpilih.

Gambar yang sedang anda lihat ini ialah sebuah Ford Ranger Single-Cab yang digunakan sebagai asas. Unit kenderaan pengecasan/penyelamat ini dilengkapi dengan bateri 120 kWh, dan disalurkan sehingga kapasiti 120 kWj DC. Sebahagi sebahagian daripada program langganan tersebut, setiap sesi bagi empat pengecasan sebulan itu akan mengecas kenderaan pelanggan hingga 80% SoC.

Kawasan pertama yang akan ditawarkan servis ini ialah Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Pulau Pinang, dengan tiga unit tersedia untuk menampung keperluan di semua kawasan tersebut. Ini akan ditambah kepada empat unit Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, dan dua unit untuk Pulau Pinang menjelang hujung tahun ini.

Perkhidmatan ini akan meliputi seluruh kawasan Lembah Klang dan Pulau Pinang bermula Januari 2026, sementara kawasan Selatan pula termasuk Johor Bahru akan menerimanya pada suku pertama 2026, menurut Power Up.

Untuk menyelamatkan EV yang kehabisan bateri, ia melibatkan beberapa prosedur berbeza daripada kenderaan petrol dan diesel lainnya. Untuk itu, Allianz juga mempunyai barisan kenderaan penyelamat EV yang ditunjuk ketika pelancaran BYD Atto 2 untuk pasaran Malaysia sebelum ini.

Kenderaan yang lebih konvensional untuk tujuan ini termasuklah RoboRanger. Ia sebuah kenderaan robotik kawalan jarak jauh yang berfungsi sebagai pengecas pengelamat EV, dan bentuknya membolehkan ia mencapai ruang-ruang sukar seperti di kawasan parkir kenderaan dalam bangunan yang tidak boleh diakses oleh trak penunda dan lain-lain.

RoboRanger akan tiba dengan trak penunda seperti itu memandangkan ia bukan kenderaan yang sah untuk berada di atas jalan, yang kemudiannya akan dipandu dari jarak jauh ke ruangan dalam kawasan parkir untuk menyelamatkan EV yang memerlukan perkhidmatan penyelamat pengecasan untuk kembali bergerak.

RoboRanger ini biasanya menawarkan pengecasan 10 kWj bagi kadar 80 kW DC untuk membolehkan EV yang terkesan dipandu ke stesen pengecasan sebenar. Atau, ia boleh sedikit melebihi 10 kWj sekiranya kenderaan yang diselamatkan itu memerlukannya, untuk sampai ke hentian pengecasan selepas itu, jelas Allianz Malaysia.

Sime Motors Power Up pengecas kecemasan untuk BYD Atto 2; Allianz sediakan EV Ranger, RoboRanger

Ketika ini, hanya ada satu unit sahaja RoboRanger di Lembah Klang. Buatan atau keluaran mana RoboRanger ini tidak pernah didedahkan — Allianz Malaysia membelinya secara langsung daripada pengeluarnya.

Ketika memenuhi keperluan EV untuk pengecasan di ruang yang lebih luas dan mudah dicapai, barisan kenderaan Allianz EV Ranger ada unit yang lebih konvensional dengan kelengkapan pengecasan EV.

Allianz Malaysia ketika ini mempunyai dua kenderaan bagi barisan EV Ranger-nya, dengan setiap satu menyediakan sehingga 10 kWj pengecasan, sama seperti robot RoboRanger. Ini disalurkan hingga 80 kW DC.

Perkhidmatan EV Ranger oleh Allianz Malaysia merupakan sebahagian daripada polisi insurans kenderaan Allianz EV Shield untuk kenderaan elektrik. Ia adalah untuk polisi Kenderaan Persendirian Menyeluruh (EV), dan pemegang polisi juga akan memerima kredit pengecasan RM200 dengan pembelian mana-mana polisi yang sah, termasuk Smart Home Cover, Allianz Business Shield, Commercial Fire, Standard Fire, PremierHome, Houseowner atau Householder.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required