Zeekr Intelligent Technology (Malaysia) Sdn Bhd (Zeekr Malaysia) telah melancarkan Zeekr Centre KLCC, bilik pameran terbaharunya, yang dikendalikan oleh pengedar bertauliah, Preeminent Auto Sdn Bhd.
Terletak di No.3, Lorong Yap Kwan Seng yang turut dikenali sebagai Segitiga Emas KL, kewujudkan Zeekr Centre KLCC adalah bagi meningkatkan lagi standard pengalaman runcit jenama ini, sekali gus mengukuhkan komitmen Zeekr untuk membina kehadiran yang kukuh dan sofistikated di seluruh Malaysia serta rantau Asia Tenggara.
Ini merupakan cawangan kedua yang dikendalikan oleh Preeminent Auto selepas pembukaan Zeekr Centre IOI Mall Puchong. Bagi Zeekr Centre KLCC, ia berkeluasan 4,800 kaki persegi ini mampu mempamerkan sehingga lima kenderaan dan dilengkapi dengan tiga petak pengecasan AC. Bilik pameran ini dibuka pada setiap hari dari jam 9 pagi hingga 7 malam.
Melengkapi suasana premiumnya, ia menampilkan façade kaca dari lantai ke siling yang menawan, mentakrifkan semula kemewahan ambien dengan ditembusi cahaya semula jadi memenuhi ruang tersebut. Sementara itu, bahagian luar bilik pameran mengetengahkan tona gelap minimalis, diserikan dengan sentuhan oren ikonik Zeekr, menyerlahkan gabungan sempurna antara sofistikasi dan dinamisme.
Pengarah Urusan Preeminent Auto, Jiao QingHua, berkata, “Zeekr Centre KLCC mencerminkan komitmen kami untuk meningkatkan pengalaman kenderaan elektrik (EV) premium di Malaysia. Di sini, para pengunjung boleh meneroka barisan EV canggih Zeekr dan berinteraksi dengan penasihat jualan berpengalaman, melakukan pandu uji untuk merasai sendiri dinamisme teknologi dan inovasi Zeekr, serta mengalami secara langsung falsafah jenama ‘Luxury Reimagined’.”
Menurut Alex Bao selaku Pengarah Urusan Zeekr Asia Tenggara pula, “Sepanjang tahun lalu, kami amat terinspirasi dengan semangat dan sokongan yang telah kami terima sebagai sebuah jenama daripada rakyat Malaysia.
“Pembukaan Zeekr Centre KLCC bukan sekadar satu pencapaian penting, tetapi juga bukti komitmen jangka panjang Zeekr terhadap pasaran ini. Zeekr berhasrat untuk menyediakan tawaran yang mudah diakses, mewah dan inovatif kepada semua rakyat Malaysia, dan tumpuan kami kekal pada perluasan rangkaian serta peningkatan pelaburan pemasaran.”
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.